26 March 2011

the next chapter

tuan tulis membuka buku,tapi dia dah lupa mana satu bab yang dia baca....so, sape ingat bab mane tuan tulis baca?

06 March 2011

the journey...

tap....tap....tap....

air menitis dari birai atap pondok bas itu, tuan tulis masih menunggu di bawah pondok beratap usang itu, entah ke mana hala tuju,tuan tulis je yang tahu....tuan tulis tertinggal bas gamaknye nih.... ditoleh ke kanan dan ke kiri....tiada siapa pun yang melawati tempat tuan tulis berada..... tuan tulis sedih... "apelah nasib aku ni", getusnya di dalam hati... bagasi di sebelahnya di angkat dan di peluk erat2.....

sebenarnya tuan tulis tak menjangka pun ditinggalkan sendirian, atas dasar penat yang amat, tuan tulis tak sedar entah ke mana tuan tulis dibawa oleh bas tadi, sedar2 je tuan tulis dah berada di pondok beratap usang ni....

tuan tulis nak menghubungi francis ford coppola, tapi mana mungkin beliau dapat menolong, sedangkan tuan tulis pun tak tahu dimana dia sendiri berada...terfikir jugak tuan tulis nak repot pada lembaga hasil dalam negeri "pejadahnye..." getus hatinya lagi yang semakin menebal dgn konflik...

"AH! daripada aku mengomel kesorangan,baik aku jalan je dulu, untung2,dapat bertanya dengan seseorang yang boleh tunjukkan jalan kan?".....lalu berlalulah tuan tulis dari pondok beratap usang itu, berjalan dan terus berjalan, dengan memberanikan diri untuk menerokai apa yang tidak beliau ketahui di masa mendatang.... sesekali tuan tulis termenung....

"rindunya pada puteri kayangan..."

tuan tulis berlalu pergi....meneruskan perjalanan...

26 February 2011

satu penghijrahan

kaki ku melangkah longlai pada mulanya..destinasi dituju masih belum ketahuan hujung pangkalnya,baik buruknya serta pro kontranya...namun langkah itu kembali gagah,setelah bibit2 sinar mulai kelihatan....aku pasti langkahku ini adalah satu permulaan untuk penghidupan yang aku dambakan selama ini.... prejudis adalah satu normal,namun keteguhan untuk merempuhnya adalah satu agenda berat yang orthodox bagi yang tidak berfikiran relevan.

aku...
-alfiesyahril-

13 January 2011

entry paling heavy

sebelum ni aku buat satu entri yang susah kau orang sekalian nak faham kan? jadi,yang ini paling berat setakat ni......
















berat betul kan,sampai senget2 lori tu nak bawak..... heheh!

entri ni untuk santai2 je...harap jangan berduka sementara kegembiraan itu masih ada didepan mata...simpan peringatan ini didalam minda kita semua




hahaha!
-alfiesyahril-

08 January 2011

another brick in the wall

CAUTION: this is an english entry, please find a dictionary if you want it to be in malay,heheh!

i woke up this morning with my cigarette in my left finger,with the smoke fill in the surrounding, and yeah, a cup of coffee also work this time rite? facing my laptop and thinking about my new post..... facebook? nah! after this also can what? heheh!  looking at my finger,but nothing came out of my head...hmmmm....and suddenly it came to me....yes! it is something about the title of this article...

i definitely sure that i am a determine person,in whatever i do, i always trust in myself,and i always do what i wanna do,and that's it...but sometimes something will come and bother me, something i can't feel, something that i can't see or whether touch... what it is called, who give a damn,haha! but perhaps, 'something' that always be a burden i think, help me a lot, if i wanna do anything,this little 'something' sometimes help me in making a decision,but sometimes it also be a disastrous decision i've ever made, but both of it make a lot of sense in me.... can you dig it? i hope you can...

but whether you like it or not,everyone have this kind of situation in their life, when they wanna do something, they would feel like something in their way,like an obstacle maybe....but what can i suggest is that, if you encounter this situation,better use your deliberation wisely....and you will realize that this 'something' is not a bad thing after all! errr...i think i'm writing about something that i also can't understand lah,heheh! but i hope that you still can get the point....the truth is that,this 'something' means a lot to me...because all this days and years, especially the past years, there is so much colour that fills my life, and it makes me a better person, i hope....


yeah...all in all was just another brick in the wall....heheh...


p/s ; our 'penyimpan mohor besar raja-raja' retired this morning, hope the new one who fill in his job can still bring the 'raya' vibe as same as him....." dengan ini saya mengishtiharkan hari raya...."



from here to eternity
-alfiesyahril-

01 January 2011

tahun baru yang tak terase,kate tuan tulis

tuan tulis baru balik bejalan....gamaknye la, dia je kate berjalan,padahal tak ke mane pun....sebab tuan tulis ni kejenye termenung je setiap mase..... katenye golongan pemikir slalu buat macam tu, untuk dapatkan idea yang lebih bernas...tapi termenung tapi tak usahakan apa yang direnungkan pun serupa jugak kan....tuan tulis termenung, melihat jauh ke langit, tiba2 muncul puteri kayangan, terkejut tuan tulis sampai tertiarap atas lantai...nasib baik tak terkucil sikit, kalau tak malu jugak tuan tulis dengan puteri kayangan

'kamu buat apa tu tuan hamba?" sapa puteri kayangan

"patik tak buat apa2 pun tuan puteri,cuma patik tgh berpikir ni..."
"takkan lama sungguh berpikir, tuan hamba teringatkan kekasih ye?" soal puteri kayangan sinis,

"pejadahnye" , getus dalam hati tuan tulis , "tidak tuan puteri,patik sedang memikirkan permasalahan dalam masyarakat kita ni "

"oh!  begitu rupanya" puteri kayangan tidak mahu bertanya lanjut
\
tiba2,tuan tulis perasan di belakang puteri kayangan, ada kiah ketot dgn anna kournikova, yang lagi 3 tu tuan tulis tak pasti, sebab tuan tulis ni kadang2 lupe,padahal selalu je tgk....tuan tulis pun tanyelah

"eh kiah! kamu bukan sambung kontrak ke...anna kamu pun ada kat sini jugak,bukan kamu nak g makan jeruk kat russia? kiah ketot dgn anna kounikova senyum je la....."kami berjalan la, ni kan tahun baru,buat aktiviti berfaedah sikit, bukan duduk diam saje mcm kamu tu," balas kiah ketot...... " tuan puteri kayangan yang bawa kami ke puncak kilimanjaro, melihat perubahan paksi bintang dan bulan sempena perubahan solstis ni,tak perasan ke?" balasnya lagi

"la, dah tahun baru ke? malunye......." tersipu2 tuan tulis, hape daa...



.........................................................................................

dibahagian lain kampung, francis ford coppola masih lena diulit mimpi, semalam hari yang penat katenye...

30 December 2010

kau tahu....

aku duduk di bangku, aku tatap tanganku....kugerakkan jari jemariku....ku teliti garis2 halus di tanganku, sambil jariku ku gerakkan...

          angin bertiup sepoi2 bahasa, terasa kenyamanan dan kesegaran menyusup ke dalam rongga....aman,tenang dan berseni.....aku mendongak ke langit, sinaran matahari itu sungguh menyilaukan fana mataku melihat....lalu jariku yang ku gerakkan tadi,ku angkat ke langit,meneduh mukaku dari pancaran sang suria....membiaskan silau, supaya mataku tidak terkebil2 menahan silau mentari....

jariku bergerak2 lagi, aku tahu....bahawa Kau tahu...



berdialog dengan alam
-alfiesyahril-

bermula satu era baru

safee sali, sori beb,aku kutuk ko kat stadium hari tu,heheh!

terasa lagi hangatnya bahang di gelora bung karno,yang menyaksikan 11 anak muda negara bertungkus lumus
dalam mempertahankan maruah tanah tumpah darah di persada asia tenggara. kejayaan menjulang piala tiger adalah kesinambungan sokongan tidak berbelah bahagi rakyat malaysia terhadap bolasepak malaysia yang semakin menunjukkan percambahan semula untuk mendaki tangga2 kegemilangan yang pernah dikecap seketika dahulu.... aku tidak mahu mangulas mengenai bola sepak, kerana sedia maklum aku tidak menggemarinya, kerana setiap kali mereka menonton siaran liga inggeris,aku hanya mencebikkan muka,atau melakukan perkara lain yang ....mungkin aku pun tak tahu, tapi mengenai bolasepak malaysia, kelainannya itu amat pasti

     bolasepak malaysia, apabila bercakap pasal liga tempatan,ianya bukan mengenai skil atau taktikal,atau sberapa banyak gol yang mungkin disumbat, tapi nilai estetikanya itu yang perlu diperhalusi....setelah beberapa kali turun naik stadium,aku pun mula merasai apa yang fanatik2 ini rasakan...

    sahabat aku betul2 menunjukkan aku apa itu bolasepak tempatan itu sendiri....ianya betul2 dekat dengan jiwa kita,yang mana kita sendiri tidak menyedarinya...tiak hairan sahabat aku ini sanggup ke stadium,walaupun dalam apa jua keadaan, walaupun terpaksa membayar tiket dan berasak masuk,namun kepuasan....ya,kepuasan itu yang tidak ternilai harganya.... apabila stadium bergema dengan gegak gempita pekikan dan lolongan manusia,itu yang dirasakan dekat dengan hati kita.....

........kini, malaysia sudah membuktikan mereka ke satu tahap yang lain pula,setelah sukan sea dimenangi pada tahun lepas,kini piala tiger pula menjadi habuan harimau malaya yang semakin mengganas.... namun itu tidak penting padaku,walau seberapa banyak piala pun yang dimenangi, kerana yang penting adalah malaysia,kerana ia adalah tanah tumpah darahku.....


ini bukan satu pengakhiran,tapi permulaan untuk langkah yang lebih jauh lagi

* midin,terima kasih memperkenalkan bolasepak malaysia kepada aku




EPL my ass
-alfiesyahril-

25 December 2010

sponsor dah datang....

"hey, i got two free ticket!" kata francis ford coppola....
"pejadahnye",  getus hati tuan tulis, tiket free buat apa, kalau diajaknya tuan tulis pergi ronggeng di hulu kampung lagi syok, memandangkan tuan tulis asyik termenung, habis khabar berita di sekeliling pun tak dipeduli,

"hey! i'm talking to you",
"yelah, aku dengar ni, tiket nak buat apa? saman ekor ke? ", seloroh tuan tulis yang tak berapa kelakar ,

"ronggeng at our kampung,do you want to join? "
" biar betul? " tuan tulis tanya lagi,
"no, i'm only joking, hahaha! ", gelak francis ford coppola " this is tickets for the final match, i got it for free!",

hmmmm, memang bengang jugak tuan tulis, tapi tuan tulis melayan je francis ford coppola,sebab sekurang2nya, terhibur jugak di kala melankolik tuan tulis keseorangan...

tuan tulis tiba2 teringat akan puteri kayangan yang dah pulang ke kayangan.... tuan tulis pun sambung termenung...

23 December 2010

puteri kayangan, kiah ketot , anna kournikova....kaitan antara mereka

hari tu, puteri kayangan turun dari kayangan, jumpe dgn tuan tulis, g makan2 , dan lepas tu puteri kayangan nak pinjamkan rm30 dgn tuan tulis......tuan tulis tolak  ,katenye tak rugged pinjam duit dgn perempuan....kadang2 bangang jugak tuan tulis, tak semestinya kene rugged baru boleh pinjam dgn pompuan kan,kalau dah sengkek tu, ambik je la dulu....kendian hari ada duit,bayar la balik kan.... ni pun nasib baik franis ford coppola tak tahu tuan tulis tengah sengkek ni.....tuan tulis kuat sangat berahsia... dia tak suka kongsi masalah...memang tu perangai tuan tulis.....

tuan tulis dengar kiah ketot dah sambung kontrak, tuan tulis tumpang gembira....tapi lama2 tuan tulis terpikir balik masalah, "aisehmen, aku punye kontrak tak sambung pulak," getus dalam hati tuan tulis....tapi yang jadi persoalan,nape tuan tulis tak g sambung kontrak,padahal boleh je nak sambung lagi....tu yang peliknye pasal tuan tulis....tuan tulis pun ape lagi,bercadang nak follow anna kournikova tour rusia pilak, sebab anna kournikova pun dah takde pape komitmen dengan kerjaya....makan jeruk kat rusia? pejadahnye....

tiba2 puteri kayangan tegur tuan tulis "kenapa dengan tuan hamba?" ...pergh! jauh betul tuan tulis menerawang.....heheheh!

tuan tulis, kenapa francis ford coppola?

tuan tulis termanggu sendirian, mengenangkan nasib....kontrak kerja sudah habis, melanguk di rumah,memang tiada apa yang dibuatnya.....kehulu,kehilir...mengenangkan apa yang patut dilakukan.....francis ford coppola pun tanyelah dgn tuan tulis...."what's wrong with you?" .....tuan tulis tak cakap apa2 pun...tuan tulis diam....berat sungguh masalah tuan tulis....francis ford coppola ajak g stadium, tgk bola katenye, tuan tulis boleh cakap insyaallah je lah.... memikirkan masalah dia lagi.

tuan tulis pun mengeluh panjang....hmmmm