30 December 2010

bermula satu era baru

safee sali, sori beb,aku kutuk ko kat stadium hari tu,heheh!

terasa lagi hangatnya bahang di gelora bung karno,yang menyaksikan 11 anak muda negara bertungkus lumus
dalam mempertahankan maruah tanah tumpah darah di persada asia tenggara. kejayaan menjulang piala tiger adalah kesinambungan sokongan tidak berbelah bahagi rakyat malaysia terhadap bolasepak malaysia yang semakin menunjukkan percambahan semula untuk mendaki tangga2 kegemilangan yang pernah dikecap seketika dahulu.... aku tidak mahu mangulas mengenai bola sepak, kerana sedia maklum aku tidak menggemarinya, kerana setiap kali mereka menonton siaran liga inggeris,aku hanya mencebikkan muka,atau melakukan perkara lain yang ....mungkin aku pun tak tahu, tapi mengenai bolasepak malaysia, kelainannya itu amat pasti

     bolasepak malaysia, apabila bercakap pasal liga tempatan,ianya bukan mengenai skil atau taktikal,atau sberapa banyak gol yang mungkin disumbat, tapi nilai estetikanya itu yang perlu diperhalusi....setelah beberapa kali turun naik stadium,aku pun mula merasai apa yang fanatik2 ini rasakan...

    sahabat aku betul2 menunjukkan aku apa itu bolasepak tempatan itu sendiri....ianya betul2 dekat dengan jiwa kita,yang mana kita sendiri tidak menyedarinya...tiak hairan sahabat aku ini sanggup ke stadium,walaupun dalam apa jua keadaan, walaupun terpaksa membayar tiket dan berasak masuk,namun kepuasan....ya,kepuasan itu yang tidak ternilai harganya.... apabila stadium bergema dengan gegak gempita pekikan dan lolongan manusia,itu yang dirasakan dekat dengan hati kita.....

........kini, malaysia sudah membuktikan mereka ke satu tahap yang lain pula,setelah sukan sea dimenangi pada tahun lepas,kini piala tiger pula menjadi habuan harimau malaya yang semakin mengganas.... namun itu tidak penting padaku,walau seberapa banyak piala pun yang dimenangi, kerana yang penting adalah malaysia,kerana ia adalah tanah tumpah darahku.....


ini bukan satu pengakhiran,tapi permulaan untuk langkah yang lebih jauh lagi

* midin,terima kasih memperkenalkan bolasepak malaysia kepada aku




EPL my ass
-alfiesyahril-

No comments:

Post a Comment