aiman sudah selesai menduduki peperiksaan SPM,dan sekarang dia mengikuti program PLKN di Kuala Krai...
aku menghantarnya ke padang MDL,di mana di situ berkumpulnya semua lepasan tingkatan 5 yang akan berangkat ke kem masing2,untuk mengikuti program yang dimulakan semasa aku juga selesai menduduki peperiksaan yang sama...aku dapat lihat kesungguhan aiman untuk ke sana,kerana sebagai seorang yang aktif bersukan,bukan sesuatu yang pelik jika aiman berpeluang untuk mengalami sendiri pengalaman penuh cabaran dan memerlukan kekuatan mental dan fizikal itu.
ibuku antara yang paling resah untuk melepaskan aiman pergi,mungkin kerana aiman yang sejak 17 tahun yang lalu,tidak pernah berenggang dengannya,menemaninya setiap hari,dan antara yang paling rapat dengannya,ayahku seperti biasa,wajahnya yang menyimpan seribu satu rahsia,yang tidak akan digambarkan di depan sesiapa pun,waima keluarganya sendiri...namun jauh di sudut hatinya,aku tahu kesedihan itu begitu dekat pada ketika itu..
lambaian terakhir aiman disambut aku dengan penuh harapan...aku tahu aiman boleh membawa diri,aku tahu aiman sudah cukup dewasa untuk menilai yang mana benar dan yang mana illusi...aku tahu aiman akan mengharungi cabaran tersebut dengan sepenuh hati..
namun di dalam diri aku sendiri,aiman sentiasa akan menjadi adik kecilku yang akan sentiasa aku lindungi...
jaga diri ye,aiman
aiman ( the boy in red) |
No comments:
Post a Comment