tengah hari tadi, aku menjamu selera berseorangan di kawasan tasik berdekatan UPM, memang syahdu makan sorang2,sambil melihat manusia bersimpang siur menguruskan hal-hal duniawi mereka, aku pun mengimbau kenangan jugak,makan nasik dua ringgit,sebab aku ingat nasik dua ringgit dah tutup,pasal mpsj dah buat penyitaan kat kedai2 yang berdekatan, namun kedai nasik 2 ringgit tu masih bertahan, yelah, kerana dengan penjualan nasi yang semurah tu lah, student- student masih mampu bernafas dalam meneruskan pembelajaran mereka di universiti bertuah ini...heheh! kita berbalik pada cerita yang patut kau orang renungkan
semasa aku tengah sedap menjamu makanan, di depan aku,ada seorang brader dan adiknya turun daripada motosikal dan duduk di meja yang berada agak jauh daripada meja tempatku berada, akau andaikan budak tu adik dia,pasal aku tgk jarak umur antara mereka tidak menggambarkan mereka seperti anak dan ayah, budak tu pula berpakaian seperti baru sudah selesai sekolah agama...aku terus memerhatikan mereka, dan kemudian aku lihat abangnya membelikan teh o ais dan kuih untuk adiknya itu makan,sambil abangnya bercakap menggunakan telefon dengan seseorang yang memang tidak ku kenal, memang la aku tak kenal,brader tu pun aku first time nampak,hahaha! ok2,cukup untuk joke yg tak kelakar ni,...kemudian, sesudah si adik selesai makan ,abangnya mengeluarkan pakaian daripada box motornya dan adiknya mengambil pakaian tu,dan membawanya ke tandas...dalam beberapa minit yang akhirnya berlalu, si adik ini keluar dengan lengkap berpakaian sekolah rendah...dan abangnya memberikan buah tembikai potong yang di beli di kawasan kedai makan di tasik itu, sambil si adik enak makan buah,abangnya menyiapkan buku2 sekolah di dalam beg adiknya,dan sesudah selesai makan,adiknya bermain2 di sekitar kawasan tasik,menunggu si abang menyudahkan susunan buku di dalam BAGASi adiknya.... sesudah jam menunjukkan pukul satu petang,mereka 2 beradik bergegas menaiki motor untuk ke sekolah...mataku meleret laju melihat mereka berlalu...
satu pernyataan yang biasa bukan? namun yang inin aku ungkapkan di sini, luaran abangnya adalah tidak seperti yang kau orang bayangkan, rambut berekor panjang,dan gayanya memang tak ubah seperti mat rempit...heheh! ye, mat rempit...dan itu yang membuatkan aku terfikir....
kita memandang seseorang melalui luaran,dan kita jarang sekali untuk mengenali seseorang itu lebih dekat,lebih mendalam,dan kerana itu jugaklah kita mudah membuat andaian mengenai seseorang hanya berdasarkan paras rupanya sahaja...seringkali aku berhadapan dengan situasi seperti ini,dan aku dapat simpulkan di sini bahawa ; luaran tidak menggambarkan siapa diri itu yang sebenarnya, dan kerana itulah banyak orang yang tak bersalah menjadi mangsa kepada andaian kita yang tak berhujung pangkal...jangan disangka wajah yang ayu itu,sebenarnya lidah bercabang,serta talam dua muka...dan kepada brader mat rempit tadi, aku respek kat lu, sebab lu betol2 buat gua terfikir dan mengagumi,bahawa alam ini masih banyak yang perlu diterokai dan dipelajari
dan kepada si adik,kau memang bertuah dapat abang yang penyayang seperti itu...
book can't be judge by its cover
-alfiesyahril
Keja
2 years ago
tak kenal maka tak tau..
ReplyDeletedah kenal maka jatuh cinta..
-tak tau aku siapa-
mcm bagas.. luar nampak ganas.. tapi hati mmg jambu~ :D
ReplyDelete