05 November 2009

'bang, burger ayam satu!'

'' small body,but big at heart'

'fuhhh...' hembusan asap rokok mengaburi skrin monitor member aku ni, dah berape kali aku tgk movie crow zero ni,n timbul bibit2 kebosanan dalam diri aku, sekejap aku keluar ke beranda blok c ni,n tgk orang ramai lalu lalang,yg naik kereta,naik motosikal, yang jalan kaki,couple...couple....,tgkp syahdu pulak aku mengingatkan istilah tu,tapi takpelah,jgn difikirkan sangat...aku masuk ke bilik, n disinilah aku mula menulis kembali, hidup aku ni boleh kata senang je flownya,takde masalah yang meruncing,setiap hari,suatu rutin berlaku tiap2 kali tanpa aku sedar pun,sebab ianya adalah rutin,...alangkah bertuah aku ni,keluarga aku sederhana,n selama ni aku tak pernah lagi kebuluran,hasil penat lelah ayah dan mak aku mencari rezeki... dalam aku menjalani kehidupan,aku sentiasa terlihat,bukan semua orang menghadapi jalan hidup semudah yang aku sangkakan..
satu hati,aku pernah ikut kawan aku,tolong dia berniaga,midin nama dia,orang die kecik je,kurus pulak tu,n walaupun badan aku besar,namun semangat aku tak sebesar semangat midin ni,aku tak dapat bayangkan macam mana hidup aku kalau aku melalui ape yang kwn aku ni lalui...aku kenal midin sejak dari diploma dulu lagi.

hari tu,dalam minggu2 akhir,nk dkt dgn final test jugak,aku ke puchong,tempat midin ni berniaga,time tu dapat jugak aku tolong2 midin ni kupas bawang,n bakar roti,...oh ye,buat pengetahuan kau orang,midin ni meniaga burger,n memang sedap la die masak,..balik ke ayat aku tadi,boleh kata aku ikut dari upm,sampai dia habis meniaga...sambil2 berurusan dengan customer tetap die,kwn aku ni tak berat mulut,ramah je bertanya ,n membuatkan orang mudah berinteraksi dengan die,n then time dh dkt2 nk hbs meniaga,kitorg lepak2 jap ,smbil isap rokok,n tggu customer yg mungkin dtg agak lewat...

'din,kau tak penat ke hari2 buat benda ni,pagi kau dah nk kene g kelas,mlm ko bisnes pulak,memang terer la kau ni din,respek betul aku kat kau..'

'aku dah biase dah gas,4 thn dah buat keje ni'...

ringkas je ape yang die tuturkan,tapi mendalam...aku berani potong jari,tak semua orang boleh buat mcm mane midin ni buat,aku pun tak berani jamin aku boleh meniaga macam ni tiap2 hari sambil belajar...tap tu yang aku kagum dengan midin, die pemurah, kalau customer byr kurang pun,kadang2 die tak berkira, n barang yang digunakan pun die amik yang terbaik...ikhlas dalam ape yang dilakukan,tak hairanlah pelanggan die sentiasa ramai,n rezeki die sentiasa murah. dengan duit hasil meniaga tu lah midin gunakan untuk menanggung kehidupan die,disamping yuran pengajian dan lain-lain...sesetengah orang hanya mengharapkan sesuatu itu datang,tanpa sebarang usaha,n sesetengah orang berusaha dengan penuh gigih,namun hasil masih belum juga kelihatan,itulah yang dikatakan rezeki...bagi aku,sekuat mane pun orang tu,itu semua hanya dari segi lahiriah,n dari segi rohani,aku nampak semuanya dalam diri kawan aku ni...midin, sampai bile2 pun aku tetap respek kau din...

cbt3035 and the burger stall,quite a match rite?


'......................'
-alfiesyahril-

04 November 2009

babbling moment...dont take it so seriously

something happen in life,something that we never knew,but at the same time we will regret if we didn't take the chances, what is the meaning of this? hehehe! nothing more,just an inquiry in inner mind that we never explore or react to the calling...
sometimes we think that we have enough with what we have,or else we may think that there are many things that we want to achieve before we close our eyes...to eternity...the main point is, man will never lost their lust for something more than they had ever had. it is natural,and we can't deny it...and for achieving those lust.or in proper words,needs, they will do whatever it takes to get that...and that is what we can see in this new perspective in the new world order...greed,back stabbing,bribery,all these things happen in all aspect, for all, they didn't satisfy their need after all, so it will happen again and again and again and again and so on...
back to basic
that is what we need...what we must do to regain back what we had left behind..there is always time to repent,and there is always time to forgive, what we need is try to stand by your belief, because we have our god, Allah and that is what we are supposed to do... before you act,think wisely...and react by your brain,not by your instinct,because instinct didn't always make your way right,right? it is just an opinion, and what i am talking about is not a fact in any journal published ,or in any masters or PhD thesis,it is just an opinion from me,just thinking that perhaps i can show some opinion that might help (maybe) and back to the main title,don't take this note so serious,it is just another babbling from me,hehehe!

25 October 2009

predictable but not as we thought

life sesuatu yang tak pasti kan? cakap berdasarkan sesuatu falsafah tak mencerminkan perbuatan seseorang tu kalau perilaku yang ditunjukkan macam sampah. sesiapa pun akan judge seseorang tu melalui first meet melalui luaran,itu adalah sesuatu yang pasti,tapi bukan semua orang yang aku maksudkan sebegitu, certain individu in the community...bagi aku lah,firdt thought itu tak salah,sebab luaran seseorang tu akan menggambarkan serba sedikit mengenai lifestyle dia. tapi cuba kita fikirkan lah, semua orang yang pakai selekeh tu orang yang takde masa depan ke? dan seseorang yang pakai smart,up to date,trendy dgn rambut spiky tu adalah orang yang terpelajar dan mempunyai attitude yang baik? i dont think so, it depends on the individu itself... memerhatikan sekeliling ni menarik,sambil2 kite dpt tgk perangai orang,and at the same time we can appreciate what Allah have give us...AKAL FIKIRAN... akal yang kita gunakan untuk menilai baik buruk sesuatu perkara...pandangan setiap insan itu adalah berbeza,itu aku akui,and siapalah kita untuk menilai seseorang itu,itu bukan hak kita dan bukan kuasa kita...tapi apa yang aku maksudkan di sini adalah,kita lihat seseorang itu,dan cuba bandingkan dengan diri kita,dan cuba perbaik kelemahan yang ada pada diri kita... aku bukan seorang pujangga,jauh sekali sasterawan negara,namun setiap kata bicara aku ni ada maknanya...sesetengah orang mungkin akan fikir aku cuma pandai menulis,tapi tak ada sebarang hasil pun, tapi itulah aku, sambil aku menulis dan mencoret,aku cuba ubah diri aku ke tahap yang lebih baik, sesuatu yang ingin aku capai iaitu kematangan... usia makin meningkat,dan banyak lagi cabaran yang menanti di hari depan , dua dasawarsa dah berlalu dalam hidup aku, tapi pada masa hadapan, hanya Allah yang tahu... sama-sama kita cuba menghadapinya..assalamualaikum

hidup ini sesuatu yang sukar dijangka kan beb?heheh!

symphony of destruction
-alfiesyahril-

21 October 2009

...and then

at last! finish the presentation finally...yeah! aku yg present first tadi,tajuk aku net primary production of Acacia crassicarpa and Acacia aulacocarpa provenances. examiner aku prof noraini @ mama,hehehe! berjaye jgk aku lepas n syukur alhamdulillah,setakat ni OK, walaupun aku merapu je lebih time present,tapi ok la tu,hahaha! JUST FOR YOUR INFORMATION,SEE U AGAIN IN THE NEXT POST, assalamualaikum

pile-driving prophecy
-alfiesyahril-

5 minit..

aku singgah kejap je ni,sori la lame aku tak update blog,sebok sket la, final year present...esk aku present,doakan aku lepas dengan jayanya...lepas present, nantikan aku gegar balik ruangan aku ni
papehal pun,aku still running with the wind,eheh!

e+d=cosmosis paradox
-alfiesyahril-

26 September 2009

....still running with the wind

tengok gambar kat atas sure kau orang tak kenal punye,tapi gaya2 mcm aku tu ade la sikit...kat atas ni adalah gambar ayah aku,en. ahmad bin sudin,gambar ni dalam sekitar tahun 78-80 la kot,tu pun aku agak2 je...abah aku dengan muzik memang dekat,kalau nak diceritakan memang panjang jugak yang nak ditulis,tapi aku cuba singkatkan sikit la untuk tatapan kau orang kat sini...abah aku main muzik sejak dari kampung,backup artis sejak dari form three lagi,n dah merata tempat die pergi bermain muzik,instrumen yang ayah aku minat adalah dram,seperti gambar di atas,ayah aku boleh bermain gitar,n alat2 muzik yang len....

sebabnye aku post story ni bukan sangat pasal ayah aku,tapi ape yang ayah aku katekan pasal muzik tu sendiri...bagi aku kate2 ayah aku ada relevan dengan ape yang aku lakukan buat masa sekarang ni...

"main gitar setakat tau kord major je,tak payah mimpi nak main muzik"

"abah dah main muzik merate dah,sampai ke johor dengan utara pun pernah,tapi lepas abah kawen dengan mak kamu tu,abah terus berhenti main muzik ni,bagi abah,masa depan dalam bidang seni ni susah,belum tentu lagi terjamin...."

ayat2 yang sentiasa aku ingat,walaupun dah lama ayah aku sebutkan pasal hal ni, bila difikir balik,betol jugak ape ayah aku cakap tu...sekjarang ni berduyun manusia bermain muzik,boleh kate dalam seminggu tu,ade je GIG yang berlangsung di sekitar negara ni,tu pun kebanyakan nak main GIG pun susah,yang melepak jamming di studio usah dikata la...n stakat ni pemuzik yang betol2 berjaya belum aku jumpa lagi secara sahih,minta maaf aku cakap kalau ape yang aku tulis ni menyinggung sesetengah pihak tapi aku perasan ape yang berlaku,bile show takde,ape nak makan?takkan pasir kot? aku pun menasihati diri aku sendiri jugak,atas ape yang berlaku,sebab aku pun main muzik jugak,tapi atas dasar suka-suki je la,hahaha! papehal pun, abah aku sentiasa sebagai role model aku dalam menempuhi liku2 hidup....

tabahkan hatiku Ya Allah...


hero of the day
-alfiesyahril-

23 September 2009

Eid 2009...blast from the past

makan malam di rumah pusaka ,a family gathering...

assalamualaikum kepada rakan taulan sekalian,masih belum lewat lagi untuk aku mengucapkan selamat hari raya aidilfitri,maaf zahir,n kepada yang mkn dalam tu,maaf batin skali la kan? hari raya kali ni mcm tahun2 yg sudah,meriah dengan budak2 kecik bergembirasebab die orang dpt byk duit raye la kan,tu sudah semestinye,hehehe! pada yang dah besar panjang ni,hari raya lebih kepada berjumpa dengan sepupu2 yang dah lama tak jumpa,n menziarahi rumah2 sedara mara yang time ni je lah baru kite dapat berjumpa atas kekangan kerja...alhamdulillah..

aku ade satu cerita ni sebenarnye,time hari raye kedua tu,aku balik ke kampung,sebab kita orang punye famili ade buat makan2 la sikit,hehehe! time balik ke rumah pusaka kat kampung tu,banyak kenangan indah menusuk kalbu kembali menyelubungi...time melangkah tangga batu yang diam membisu di depan aku,teringat aku time kecik2 dulu aku penah jatuh kat situ sebab aku men racing motor dengan adik aku, hahaha! dalam rumah tu jugak al aku ingat,aku pernah kene pukul n mrh dgn arwah atuk aku,pasal men mercun,tapi standard la budak2 kan? n kebanyakannya atuk aku tak dapat marah pasal aku dengan adik aku manjang je lari asal jumpe je atuk aku nak pukul,hehehe!n dulu kat tangga tu jugak la ada tongkat atuk aku buat g mesjid,tu pun jadi barang mainan aku...n kesudahannya,seperti yang selalau,arwah atuk aku dtg nk pukul n kita orang lari la! hahaha! best betul pengalaman time kecik2 dulu...

mlm tu sebelum mkn mlm ramai2,kita orang semua sembahyang maghrib ramai2 kt dalam rumah tu,lepas tu buat la tahlil sikit2,mujur pyan ade,die yang handle majlis tahlil dengan sembahyang maghrib tadi,...so time menunggu masa untuk makan,aku terbukak la cerita yang arwah atuk aku tu garang time aku kecik2 dulu,semua oran yang ada kat situ pun sibuk dengan cerita time kecik2 diorang,n cerita yang paling aku suka mase pak embong aku cerite,..

"dlu mase pak embong kecik2 dlu,nak mandi kene pergi ke sungai tu ha,time tu dengan berkain pelikat,berkelubung la tengok je air sungai tu, tunggu sampai air tu jadi suam,time tu kalau tengok air sungai,berasap je atas air,pasal sejuk sangat,tapi nak taknak kene mandi jugak la,kalau tak tak dapat pergi skolah"..

" kalau mcm tu,mesti segar sampai skolah kn?" , tanya aku dengan penuh konfiden

"sampai skolah berpeluh pulak", kate abah aku pulak " jalan nak ke sekolah tu dekat 2 batu,demeh skarang mudoh,dlu jalan ke skoloh kene lalu semok,bawok btg kayu buat menepis lalang,kalau tok,basoh la baju,kene air embun, sampai2 skolah bkn mcm skrg terus je masuk kelas,dlu tok,kene menebas kat skolah dlu,cabut ke rumput,pukul 9 baru masuk kelas" kata abah lg.

pak embong pun sambung " kalau time hujan tak dapat la g skolah,pasal jalan kene naik air,dekat paras2 dada la jugak,time tu bedoa je air naik,pasal kalau air naik je,tak payah g skolah,satu lagi kalau hari jumaat,dapat balik awal,pasal dulu nak g ke lepih naik kete api je,mane ade jalan,dah tu murid2 la pikul beg cikgu,hantor naik kete api,dapat la balik skolah awal"

seronok,itu yang dapat aku gambarkan melalui cerita ayah dan bapak sedare aku time mereka kecik2 dlu, keperitan,kesusahan,menjadikan satu pengalaman yang berharga dalam menempuhi getir hidup dewasa ini,aku mungkin tak rasa ape yang mereka rase,tapi melalui ape yang aku lihat,kesusahan itu mengajar mereka erti cekal,dan hasilnya mereka berjaya pada masa ini...aku? still writing and perhaps,i will become somebody that can give somethong to anybody...kepada abah dan pak embong,terima kasih untuk segalanya...



old time blues..
-Alfer-

12 September 2009

melayukah kita?

MELAYU

PUISI - DR. USMAN AWANG

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.

Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak.

Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu, Minangkabaumemang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua’alaf bertakrif Melayu (Setelah disunat anunya itu)

Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan

Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara

Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
Tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.

Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.

Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan

Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut

Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selagi yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
“Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran”

Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan.

Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka

gema takbir...

tak lame dah ni nak raye weh!hahaha! tapi seperti mane biase la,hari raya akan mengundang syahdu di kalangan gelandangan yang mencari rezeki,jauh di perantauan,sama seperti anak2 muda yang menuntut ilmu jauh dari kedamaian kampung halaman yang sentiasa terkenang di mata,terpahat di hati. jadi setiap kali menjelang hari raya ni,akan timbul la masalah kat aku yang jauh ni,mcm mane la nak balik serdang tu nanti ye...mesti jam la ni,aku ni dah la naik moto je,nasib baik ade jgk la member nak teman konvoi same2 dgn aku ni,hehehe! so sebelum pape pun,aku nak ucapkan selamat hari raya pada kawan2 aku yang kenal aku,n maap zahir batin...assalamualaikum

p/s : puase jangan lupe pulak,seminggu lebih lagi nak raye

07 September 2009

shah alam reunite



assalamualaikum semua rakan2,baru je lepas program iftar kat shah alam yang berlangsung hari tu, n semuanya berjalan dengan lancar....hmmm, tapi ape kene mengena iftar dengan gambar ihsan dari fesbuk amir hakim ini? di sini anda dapat lihat senyuman kong yang dah nak sampai ke telinge,hahaha! ni sebenarnye program underground yang berlaku selepas iftar,iaitu bermain bola di atas simen beralaskan karpet ataupun futsal nama diberi...perjumpaan antara rakan2 yang dah lame tak berjumpa....satu kenangan nostalgik yang menerobos ruang minda yang bersemadi di dalam memori kekal utuh untuk selamanya...hehehe! latest event yang akan berlangsung mungkin kahwin syazwan saedan mukhtar di LIPIS!!!!! pada 4 oktober ni,hehehe! sape yang dekat2 tu dtg le,bukan jauh pun lipis,uganda lagi jauh ape?...

28 August 2009

ini adalah ayam api


kepade sape2 membe aku yang tak kenal ayam api,ni lah gmbrnye