21 September 2012

the riddle

it is hard to judge something beyond your imagination

it is also hard to decide when the solution depends on what you will face till the end of the line




you just think and think,but worthless...you may seem as an ignorance as anybody,but deep inside you feel that everything will explode,but view on the outside perspective...you seem so tender,soft,... CALM LIKE A BOMB

nobody knows they will live for how many days,years...even seconds....but they decide which way they want to live their life..each of us choose their own path..whether we realize it or not.

i still walk this path, path that nobody has taken ( if there's somebody else,i might not know them)....path where depression,tension,those bad feelings just as good as your friend to me....where everyday i deal with the emotion,and sometimes it gives me chill,gives me strength...and usually it gives me headache.... this is the path where i will go,and i believe that,this path ends with it's glory....and glory is so subjective.....

sometimes you think twice in making a decision,but trusting your instinct is far better than that


yours truly
-alfiesyahril-

29 August 2012

when you lose your faith

apa perkataan pertama yang kau ucap semasa kau melihat muka bumi?.... suara tanpa kata yang tidak berbutir jelasnya.... kita dibentuk melalui apa yang diajar dan ditunjukkan oleh ibu bapa,masyarakat sekeliling.... RAKAN-RAKAN..

semua inginkan kau dibentuk,agar menjadi insan yang sempurna,insan yang tau menjaga budi bicara,insan yang tidak pandai melemparkan nesta,insan yang pandai menjaga adab susila

apabila matahari bangkit....

kau..
lemparkan kejian,
lemparkan makian,
bermusuh-musuhan
mencari satu noda dalam kesucian

namun pabila mentari melabuhkan diri di ufuk barat....

kau...
sesal akan perbuatan,
menitis titisan keinsafan,
meminta diberi satu lagi harapan

namun ,sempatkah kita mengecap saujana suria melabuhkan tirai hari?

kenapa kita mencari sesuatu yang sukar dan tidak tahu hujung pangkalnya sedangkan yang tersurat dan elok pandangannya terhampar di depan mata...

kenapa kita masih di awangan sedangkan kita berada dalam satu peperangan...peperangan dalam mencari entiti yang tersesat semasa kau melaungkan panji-panji perjuangan...

perjuangan apa?

kau berjuang untuk mereka,tetapi kau lupa,perjuangan diri kau entah ke mana....kau minta untuk mengubah satu dunia,tapi paksi kau goyah,mengundang bencana...

kau hanyut... kau lepas ke lautan tak bersempadan...

kau takut.....kau tak mampu mencapai keteguhan iman

tapi kau ikut....sehingga kau hilang PEDOMAN.....


alfiesyahril
-29/8/2012-

p/s: ini sajak picisan aku buat,kalau mengharap seni seorang seniman....aku umpama semut kecil di dalam luasnya hutan 


20 August 2012

the system has failed

3 Idiots

Another Brick in the Wall - Pink Floyd

setakat ni 2 benda tersebut je yang aku tau...yang mana persamaan adalah mengenai sistem pembelajaran, sitem pendidikan,whichever you want to name it...

jelas dalam pemikiran kita, kita belajar utk lulus periksa, bukan utk ilmu...betul...dan kenapa kita belajar utk lulus periksa?kerana sistem itu adalah begitu... gred yang baik akan menjajnjikan pekerjaan yang setimpal.... kandas bermakna anda seorang yg gagal...itu mindset yang diterap dalam pemikiran sejagat,whether you like it or not....

aku? salah seorang mangsa sistem itu,dan boleh dikatakan kebanyakan yang berada di kalangan aku sekeliling adalah hamba kepada sistem tersebut

















aku malas nak tulis, kau tgk sendiri cerita 3 idiots, dgr lagu another brick in the wall...lepas tu elaborate sendiri.... kalo tak paham,sah kau memang dah fully brainwashed by the system


zackon sial
-alfiesyahril-

18 August 2012

J.I.W.A.

francis ford coppola terbangun,lalu tergadah.... "alamak,aku dah nak terlepas waktu sahur dah ni, damn!" sambil dengan pantas beliau mencapai blackberry dan sepuntung rokok winston merah tax free yang beliau dapat semasa rusuhan kaum di myanmar, khabarnya etnik rohingya yang beri...katenyelah...

dititipkan kata-kata pujangga bukan nesta di bbm,terus di send ke tuan tulis...

PING!!!

tiada balas, 'tak bangun tuan tulis ni gamaknye'....getus francis ford coppola dalam hati...lalu dihembus asap jauh2, disedut pula kemudiannya dalam2... runsing memikirkan perkhabaran sahabatnya si tuan tulis yang kian lama menyepi,tanpa khabar berita....tanpa disedari azan subuh sudah mula berkumandang...................

.......................................................................

tuan tulis membelek naskhah akhbar yang dibelinya di lorong gelap tempat salina si pelacur suci melampiaskan noda untuk mencari sesuap nutrisi...."pejadahnye ni?" bentak tuan tulis tiba2 memecahkan hening subuh...terperanjat si gelandangan yang berada tidak jauh di sisi ,cuba mencari sudut paling efisyen untuk melabuhkan tirai hari yang sepatutnya baru bermula....

"apahal ni brader?lu mereng ke memekik pagi-pagi buta ni" soal si gelandangan...

"takde ape encik, ni soal jiwa"
"jiwa?"
"ya encik,jiwa...saya nak terangkan pun susah"...ujar tuan tulis


"lantak lu la brader,gua nak tidur....selamat malam..eh! selamat pagi brader, hehehe" dan si gelandangan tersebut terus mengiring dan nyaring dengkur mula kedengaran,walau halus namun menjengkelkan.

jiwa...tuan tulis bermain dengan jiwa...sudah acap kali francis ford coppola menghubunginya,namun beliau belum cukup gagah untuk membalas dan bermesra kembali dengan sahabatnya itu....belum cukup kuat untuk bebanan yang beliau tanggung itu dibawa dalam menelusuri gelojak jiwa yang belum bertemu titik penghujungnya...bentak jiwanya kuat,namun keadaan itu sungguh kejam memaksanya menjadi seorang yang dayus dalam kehidupannya sendiri...

tuan tulis menatap blacberry ....tertera francis ford coppola di situ....namun tuan tulis tatap dalam2 apa yang tertulis di situ.... "selamat hari raya aidilfitri sahabat"... tuan tulis tersenyum.....senyum yang sungguh dalam untuk diselami

....................................................................


francis ford coppola terkocoh-kocoh mematikan api rokok tatkala sisa-sisa asap masih berbaki di rongga hidungnya,dan tiba-tiba terduduk si francis ford coppola dan ditepuk ubunnya berkali-kali...sambil tersenyum sinis "aisehmen,hari ni dah raye la weh...hahaha"...................................dinyalakan kembali winston merah tax free pemberian etnik rohingya tu .....lalu dihembus asap jauh2, disedut pula kemudiannya dalam2....tersengih dia sendiri

16 August 2012

differ

jangan mengimpikan sebuah syurga,jika perilaku kamu lebih kepada memuja neraka...

sebuah pengucapan daripada mulut bukan sekadar hanya kata-kata untuk bermain sandiwara,tapi apabila lahir dari hati yang tulus,kelak boleh menggoncang dunia... aku bermain dengan kata-kata, tapi sendiri aku masih diawangan mencari anekdot yang tertitip pada kata-kata itu...

bila disingkap sejarah,aku tidak pandai mengolah dan menterjemah,aku hanya melaksanakan dan menanti keputusan...tetapi setelah kita berlalu dengan arus kehidupan,segala genap getir pengalaman akan kita peroleh tanpa diminta... daripada situ aku bermain dengan sandiwara kata-kata...

apabila aku ingin menyatakan keikhlasan,mereka berkata aku cuma berhujah kosong tanpa satu-satu isi dan nilai, tapi wajarkah mereka menghakimi apa jua perilaku yang aku serlahkan? mereka sepatutnya memahami,sepatutnya mereka menyelami, mereka perlu mentafsir apa yang diluah....

kadang-kadang,tiada satu pun manusia yang memahami manusia yang lain,mereka berpura-pura untuk berasimilasi,tetapi kejelasan yang amat kebobrokan tu...manusia tetap akan menjadi manusia.... setiapnya adalah berbeda....


keganjilan itu inklusif
-alfiesyahril-

10 August 2012

pendurjana bangsat

bulan puasa bulan yang mulia....

tapi kemuliaan tu subjektif...

sebab time bulan puasa syaitan masih menguasai diri...serupa tiada pun kemuliaan tu


hipokrasi tu berlaku dalam satu enigma...bila terperangkap,dan dilepaskan tanpa sebarang usul periksa...kejam,tapi tu satu realiti...realiti bahawa hipokrasi tu boleh berlaku bila-bila tanpa mengenal tempat,suasana serta usia..

apabila memetik kata-kata pujangga,terkadang kita kurang memahami apa yang dimaksudkan...

apabila aku meluahkan sesuatu,aku luahkan dengan penuh kejujuran,dan kejujuran ada harganya sendiri...harga yang mungkin tak dapat dibayar oleh si penghipokrasi

jangan berharap sesuatu yang keluar daripada mulut seseorang tu akan memuaskan hati kau orang... kau mengharapkan hipokrasi sebenarnya..

kecaman daripada sekeliling tu bagus juga sebenarnya dalam keadaan seperti sekarang..sebab dari situ penilaian terhadap pendurjana  bangsat bernama kawan dapat dinilai.... dan kebanyakannya hanya mencari kegembiraan ,...untuk bersama berkongsi kedukaan, MY ASS

heheh! aku tak wish pun kau orang selamat berpuasa tahun ni....

peduli hape aku...


no use for a name
-alfiesyahril-

26 July 2012

perigi..

setelah arakian kalinya,tersebut alkisah kedatangan portugis ke negeri melaka adanya, tuan tulis juga berada disana,cuma pada waktu dan masa yang berbeza... tuan tulis ke sana bukan untuk berkarya,bukan jua untuk berpujangga,jauh sekali untuk memadu asmara.... tapi,tuan tulis bawak diri jauh2 katanye...nak buka minda luas2...nak jauhkan pandangan yang makin dekat,panjangkan fikiran yang makin singkat...tuan tulis buang habis kawan2...pejadahnye? tapi tuan tulis ada alasan sendiri...dia tak buang kawan2 dia, paling dia ingat francis ford coppola la...tu member kamcing habis...tapi tuan tulis kene jugak pergi...kalau tuan tulis tak pergi,tuan tulis jadi mangsa diri sendiri...tu yang tuan tulis takut tu..

tuan tulis tak sedar kot,dah bulan puasa...tuan tulis menggulung tembakau jawa dalam tangan,tapi diisapnye tidak pun,dikemamnye pula tak tahu ....tuan tulis tertekan rasanya... tuan tulis nampak satu perigi,tuan tulis renung air dalam perigi...tuan tulis nampak bayang tuan tulis samar2....tuan tulis tak nampak jelas diri tuan tulis....tuan tulis terduduk di pinggir perigi... tuan tulis menangis sendiri...........................................

02 July 2012

Ku Taklukkan Dunia

Sejenak Ku Renungi
Segala yang telah Terjadi
Menimpa Diri Ini
Tapi Seakan Tak Mungkin lagi

Merendam Membisik
Memendung Birahi

Masih Ada Kepingan Tersisa
Masih Ada Jua
Masih Banyak Pula
Naluri Bercinta
Bercumbu Rayu Denganmu...Oh Dunia

Tetap Ada Di Sini
Ku Tak Gentar Menghadapi
Gejolak Hidup Ini
Tegar Melangkah Mencari Erti

Diantara Badai
Selalu Menggapai


Masih Ada Kepingan Tersisa
Masih Ada Jua
Masih Banyak Pula
Naluri Bercinta
Bercumbu Rayu Denganmu...Oh Dunia

Walau Aku Terus Berubah
Cita-Cita Tak Akan Punah
Hasrat Tumbuh Hanya Satu
Taklukkan Dunia...DUNIA!


Masih Ada Kepingan Tersisa
Masih Ada Jua
Masih Banyak Pula
Naluri Bercinta
Bercumbu Rayu Denganmu...Oh Dunia




p/s ;  kau hampir pasti menakluki dunia,tetapi kau masih belum pasti menakluki hati itu yang satu... pergolakan dalam gelora jiwa pantas merentap cita-cita yang mungkin tidak kesampaian...apabila keadaan membingitkan kesunyian yang tercipta...kau tak bisa berpaling...tangan yang hitam terus menconteng kesucian nurani kau...kau bukan apa yang kau cari


taklukan dunia...kepastian yang perlu dicari
-alfiesyahril-

28 June 2012

CEKAL

hayati ini aku bentang kan satu cerita
kisah manusia insan sejagat punya alkisah
pelbagai ragam kerana hidup pura-pura
bagaikan tiada ketulusan kejarkan kemajuan

siapalah antara kita sanggup membela
perbalahan penipuan atas kebenaran
memohon simpati tagih janji buka kan mata hati
pada wajah-wajah seiringan haluan perjalanan ini

oh…oh…sukarnya aku mengerti
hidup penuh ranjau duri
pilu rasa dihati

oh…oh…bilakah datang menjelma
penawar kedamaian ini
pasti ia muncul kembali

usah disangsi jalan yang bakal engkau lalui
mungkin ada benarnya di sebalik kesilapan

walau ada saki baki yang kurang senang hati
harus diteruskan dengan semangat cekal dihati


nukilan XPDC - Album TimurBarat .


video di sini

27 June 2012

permainan suatu emosi

aku perlu ada rasa bersyukur kerana Allah masih sayangkan aku,dan Allah masih mengambil tahu pasal aku....kerana jalan hidup yang aku pilih hendaklah jalan yang sepatutnya aku pilih...bukan jalan yang ditetatpkan berdasarkan emosi dan nafsu semata-mata.....

Allah memberikan peluang kepada aku untuk berfikir dan mencari penyelesaian,mencari pilihan yang perlu aku buat dalam mengecapi apa yang dimaksudkan kebahagiaan..... aku bahagia? aku gembira? tawa dan tangis aku sesuatu yang abstrak,tawa tidak bererti riang,tangis tidak beerti sengsara...segala-galanya dipayungi sifat sentimental dan melankolik...aku diuji sebegitu kuat sehingga rasanya kaki ini tak mampu menyokong beban yang terasa sangat berat dan menyakitkan...aku tewas apabila dikaitkan dengan emosi jiwa dan perilaku aku sendiri selalu menidakkan apa kehendak jiwa aku sendiri....apabila bermain dengan pemikiran aku yang serba negatif,aku selalu melangkah dengan sifat egois yang kebanyakannya memakan diri sendiri...

26 tahun aku berpijak di bumi tuhan,dan masalah merupakan teman sejati aku....sehingga satu tahap aku tidak menghiraukan masalah itu kerana aku sudah sebati dengannya...sehingga aku merasakan aku masih dalam bayang-bayang...masih dalam kegelapan walaupun kian kali orang berkata masih ada sinar, Ah! cakap-cakap retorik....sinar hanya pada kalian yang tidak mempunyai jiwa...kalian hanya menuruti kehendak sehingga satu tahap kalian tidak mengetahui,kalian hidup bukan untuk diri kalian,tapi atas kehendak dan penilaian masyarakat sekeliling...

apabila aku bermonolog...aku menilai kembali diri sendiri...banyak perkara yang tidak diperhalusi dengan sehalus-halusnya... apabila pandangan di kiri dan kanan aku terasa kabur,dan samar-samar,aku tergapai-gapai mencari arah...untuk sekian lamanya aku tercari-cari...dan untuk sekian waktu itu juga aku masih berada di paksi yang sama...

kini aku sudah tiba pada dimensi di mana aku perlu bermuhasabah untuk mencari konklusi...dan konklusi yang bakal mencengkam dan membakar jiwa aku...pilihan apabila membabitkan soal hati bukan perkara yang mudah...perkara lahiriah bukan masalah,itu hanya cabaran...namun apabila membabitkan batiniah,ianya merupakan satu persimpangan antara penderitaan dan kebahagiaan...apabila jiwa itu sudah mati...tiada apa pun kemewahan dan kesenangan di dunia yang dapat mengembalikan kegemilangannya...

aku emosional membabitkan kecelaruan jiwa....jiwa aku hanya satu entiti yang sukar untuk diterangkan,dan di deskripsikan atas istilah yang tiada disebut dalam mana-mana kitab...jiwa aku penuh kebingitan yang suram, keegoan yang menjijikkan... kekuatan yang melemahkan...kecintaan yang mengecewakan...jiwa aku ini abstrak,dan penuh dilema....

aku bermain dengan emosi apabila emosi itu sendiri tidak mengerti apa yang dipermainkan



melastik ke bintang
-alfiesyahril-

19 June 2012

MIGHTY METALLICA

kenapa aku begitu taksub dengan Metallica?


...sebab aku tak percaya dengan org2 sekeliling aku,mereka selfish...they only know how to satisfy themself...old selfish BASTARDS!!!


aku takkan bosan dan takkan sekali-kali berhenti...my passion,the glory,the insanity...lie within this band and enters my soul....