23 September 2016

menulis

menulis adalah satu cara meluahkan perasaan.
menulis juga membuatkan si penulis itu ceria jika hasil tujuan tulisannya ke arah itu
menulis menajamkan minda.
menulis juga salah satu senjata dalam istilah sebuah perjuangan

menulis itu datangnya dari minda ataupun hati
menulis dengan minda untuk perkara-perkara berfakta,perkara kritikal,perkara yang perlu perbincangan serta perkiraan,perkara yang memerlukan perahan otak itu sendiri
menulis dari hati melibatkan emosi,memori,keadaan,luahan seni dari sanubari yang berentak melankolik mahupun anarki.

menulis itu sesuatu yang indah... namun masa itu sentiasa mencemburui...aku suka menulis untuk bercerita, bercerita dalam erti kata mengungkap titip-titip garis masa yang berlaku di sekeliling aku.

aku menulis bukan untuk sesiapa,aku cuma menulis bila aku rasa aku patut menulis,bila aku rasa aku mahu menulis, bila aku rasa aku menulis.

bila aku mula menulis...

-alfiesyahril-

2 comments: