05 August 2011

perjalanan, dalam kenangan

argh, aku betul2 menyampah dengan layout baru blogspot ni, membuat aku makin kurang nak berkarya...(alasan)

Stesen KTMB Tanjong Pagar,...sekadar satu lipatan dalam memori, bahawa Singapura dan Malaysia adalah satu dahulu

aku cuma nak berkongsi apa yang aku rasa kau orang pun patot tahu....ini adalah satu pengalaman yang di-segarkan kembali setelah bertahun-tahun dilupakan seorang aku. minggu lepas, aku pulang ke kuala lipis, kampung halaman tanah tumpahnya darah keringat aku...tapi yang menjadikan perjalanan tu lebih manis adalah aku mengembara dengan gerabak kenderaan berlandasan yang seringkali kita lupa dan alpa kewujudan dan kepentingannya...kereta api.

kau orang dalam kepala mungkin akan bertanye "kereta api? takdelah kita orang lupe, kat kl ni, bersepah komuter dengan LRT".. sekadar satu andaian singkat yang aku buat, mungkin ya, atau mungkin tidak...namun kereta api berbeza sama sekali dengan komuter...perjalanan merentas negeri, melalui hutan belantara, dan sesekali ternampak kelibat mergastua di sisip hutan memberikan pengalaman yang berbeza sekali dengan menaiki tren-tren di perbandaran.sesekali apabila kereta api ini berhenti di stesen-stesen, kita pun turun sekali untuk melihat sekeliling, sambil membeli kudap-kudapan untuk mengalas perut..ya..inilah pengalaman yang telah lama aku tinggalkan, dan hampir lenyap memori ini di benakku...

dahulu, rajin benar rasanya aku menaiki kereta-api, kerana kampungku yang terletak jauh di pedalaman, menyebabkan satu-satunya alternatif terbaik untuk kesana adalah dengan menaiki kereta-api...selain daripada menaiki jalan air yang tentunya penuh berliku,meredah arus. dari pekan kuala lipis ke kuala lentang, perjalanan yang mengambil masa tidak lebih sejam itu memang menyeronokkan, kerana pabila tiba di kampung, aku berjalan pula lebih sebatu untuk ke rumah arwah aki aku...namun kini..kampungku sudah mempunyai jalan berturap, perjalanan juga seudah semakin cepat...seperti satu perasaan sedih menghimpit jiwa ,apabila aku sendiri terasa pengangkutan ini seperti sudah dilupakan..

aku pasti, setiap daripada kita mempunyai memori tersendiri mengenai kereta api....jangan biarkan memori itu berlalu pergi bak dedaunan digilis angin...simpan dan semat dalam hati, kerana kita masih belum pasti, adakah esok masih menanti,atau kita sendiri akan kembali....

"hidup aku penuh dengan monolog dan memori"  -alfiesyahril-



train roll on
-alfiesyahril-


3 comments:

  1. best tu naik ketapi tapi aku xpernah fer hehehe...

    ReplyDelete
  2. alfer, ni gamba baru ke? wohoo. cam chubby sket jek. haha. ape ni bro, selalu sangat nek moto nih! haha

    ReplyDelete
  3. tu lah, sejak keje kerajaan ni,makin menjadi2 pertambahan berat badan,haha

    ReplyDelete