15 April 2011

the battle of Johor Bahru road

kesesakan di Jalan Tebrau, cuba tgk keadaan kereta,mcm mana nak menyelit,heheh! -ehsan The Star-

fuhh! berabuk blog aku tak berusik setelah sekian lama, disebabkan tugas hakiki membelenggu aku untuk mencoret di sini, jadi ni lah kesempatan aku untuk menulis serba sedikit, itu pun kalau anda semua nak baca lah ape aku tulis.... aku nak cerita pasal ape yang aku hadapi di daerah aku bermastautin sekarang, dan apa yang aku lalui hari ini...

kesesakan lalu lintas.... lumrah kirenya bagi bandar-bandar besar seperti Johor Bahru ni, namun  ada sedikit perbedaan yang amat ketara aku saksikan berbanding selama 6 tahun aku bermukim di Kuala Lumpur amnya... sebelum aku ulas lebih lanjut,aku rasa aku ceritakan apa yang aku hadapi hari ni

aku macam biaselah,balik kerja dalam pukul 6,dekat2 pukul 7, balik lewat la sikit,kalo balik awal pun aku bukan buat ape kat rumah,orang bujang kan, duduk lama kat ofis pun ape salahnya,...nak dijadikan cerita ,setelah enjin motor berkuasa tinggi aku, CBT dihidupkan, aku pun balik la ke rumah,n masa nak balik tu, ada lah sesak2 sikit, aku mcm biaselah,mencelah sebab nak ke depan skali, sebab biasenya punca sesak tu disebabkan lampu isyarat punya, takde sebab lain pun, time tgh sedap mencilok tanpa memikirkan masa depan, adalah teksi depan aku ni, tiba2 bukak pintu kereta,tak pandang2 pun belakang, nasib baiklah aku sempat menekan pedal brek di kaki ku dengan penuh dedikasi, sempat aku mengawal motosikal aku dengan penuh profesional tanpa diberitahu akan natijahnya....dalam hati, tuhan saja yang tahu, syukur aku tak kemalangan..... setelah aku meneruskan perjalanan, kereta di depanku pula menukar lorong tanpa bagi signal, pejadahnye, nasib baik aku tak langgar bontot kete mamat tu,nyaris2 dah tu.... jadi 2 insiden berlaku dalam satu masa....

aku punye konklusi senang je, antara inferens yang aku dapat buat :-

1) susah sangat ke nak bagi signal tu,ataupun tombol signal tu dah jam agaknye
2) kereta2 di JB pengeluarannya adalah tidak mempunyai signal, kire special edition la,
4) diorang sayang nak tgk side mirror, kalo tengok side mirror, luak sikit kot setiap kali dia orang tgk
5) pemandu JB suka menggunakan gerak hati dengan menganggap bahawa orang di belakang ataupun penunggang motosikal memahami apa yang mereka nak lakukan,jadi tak payah la bagi signal
6) pengaruh daripada orang2 singapura ( ataupun pemandu singapura itu sendiri) yang terlalu excited sebab kat malaysia ni jalan panjang2,lebar dan jauh, jadi mereka terlalu teruja untuk membawa kereta tanpa memikirkan  masa depan dan impak kepada sosioekonomi dan jatidiri mereka sendiri


pergh! dah mcm esei spm dah aku menulis ni...hehehe! jangan marah atau melenting ye, aku tak maksudkan semua,tapi kebanyakan mereka sebegitu, jadi aku tak hairan bila tiap2 pagi aku dgr ada je orang eksiden kat jalan JB ni,heheh! kat KL jam lagi la teruk,tapi setakat aku menunggang motosikal kuasa tinggi CBT aku,tak pernah lagi aku terasa kesulitan macam tu....maksudnya,walau seteruk mana pun jam tu, pemanduan yang berhemah tu yang menjadikan sesuatu itu teratur,dan tidak menyusahkan orang lain...panjang betul aku melalut, ape2hal pun, terima kasih kerana sudi membaca,heheh!


p/s ; terima kasih kawan2 UPM sebab spend masa dgn aku hujung minggu lepas...ada masa jumpa lagi,....buat kesyagan.... rindu itu penguat kasih,heheh!



born to ride
-alfiesyahril-

2 comments:

  1. kau tahu, sebab semua pemandu JB fikir jalan dekat sini lebar2, panjang2, jadi buat sakit tgn je kalau main signal. sb tu dorg sukati tuka haluan tanpa signal sb jln sini lebar2. hehe eksen, kan?

    ReplyDelete
  2. hati-hati bawak moto kat jb tu ye. risau..
    n sue pun tak suke drive kat jb..hehe
    naek moto kt jb lgi best! ;)

    ReplyDelete