13 August 2013

kalaulah...

kalaulah....

semalam aku bersantap dgn bini aku,sambil menunggu ketibaan bas yang perlu aku naik untuk pulang ke tanah johor... dan ada seorang pemuda,remaja barangkali dtg ke meja aku meminta ihsan sekeping dua kertas nilainya ringgit malaysia untuk mengisi perutnya...

namun atas dasar aku,stereotaip rakyat malaysia yang tidak mahu golongan yang mengaut untung atas angin,dan juga aku yang berfikiran tertubuhnya jabatan kebajikan masyarakat utk menolong mereka,tridak menghiraukan remaja tersebut dan beliau berlalu ke meja seterusnya,meminta ihsan daripada rakyat lain yang bukan berfikiran singkat seperti aku...

setelah tiba hidangan yang telah aku pinta,kami berdua suami isteri bersantaplah setelah doa dibaca,mulut dibuka,dan makanan disua...

sambil menikmati makanan, lirik mataku terpandang remaja terbabit,keluar dari sebuah toko ,menjinjit sebungkus mi segera yang dibeli hasil ihsan rakyat lain yang prihatin....terkesima aku,kerana begitu dangkalnya aku memikirkan permasalahan lain sehingga aku lupa fitrah aku sebagai manusia yang perlu memberi ihsan kepada manusia lain yang memerlukan bantuan....

aku lupa,biarlah wang yang diberi itu pergi ke mana ceruk sekalipun,yang perlu aku titikberatkan adalah niat aku sebenarnya...

kasihan terbit dalam dasar hati,melihat remaja itu bersama mi segera yang dibelinya berlalu pergi... alangkah elok kalau aku memberinya sesuap nasi,agar hidupnya ceria utuk diteruskan sehari lagi...

aku hanya manusia,maafkan aku...

-alfiesyahril-

No comments:

Post a Comment