setelah segalanya aku rasa telah diselesaikan dengan sebaik mungkin,kenapa sekarang masih lagi aku mencari ....setelah apa yang berlaku dijadikan pedoman,kenapa aku tetap mencari penyelesaian kepada masalah yang tidak timbul... setelah masa semakin menginjak,kenapa aku rasa seperti aku masih di hari semalam... setelah aku mengecap sesuatu, kenapa aku seperti orang yang kehilangan arah lagi.... setelah tiada perkara yang ingin aku luahkan, kenapa sekarang aku masih lagi menulis di sini.... aku masih lagi meniti bait2 perkataan yang aku ungkapkan, walaupun perjalanan mengikut arah peredaran bayu ini aku rasa sudah tidak relevan lagi,namun setiap kali itu juga sayup2 bayu ini masih mengajakku melayani dan menghayati apa yang aku pegang sebagai prinsip aku... iaitu apa yang aku pertahankan ,kerana dengan prinsip inilah aku adalah aku....
aku akan sentiasa dibayangi dengan peristiwa semalam...
masa dan ketika
-alfiesyahril-
Keja
2 years ago
No comments:
Post a Comment