06 January 2010

radio rosak grand finale



assalamualaikum, dah lame aku tak menulis pasal entry yang thrill sket kan, so kali ni aku nak bagitau anda semua yang dahagakan muzik rock untuk turun menyaksikan konsert radio rosak grand finale di stadium negara setelah ditunda ke 6 mac 2010. aku menulis bukan atas alasan untuk promote ke hape, tapi aku terpanggil untuk menulis entri ni pasal band-band yang akan beraksi pada malam tersebut, terutamanya headliner pada malam tersebut, WINGS dan SEARCH!!! bagi mat rockers dan headbangers kat luar sana yang menantikan sesuatu yang klasik lagi retrospektif,konsert ini wajar dipandang serius oleh anda,di mana scene rock tanah air sudah lama tidak dipanaskan dengan konsert-konsert yang betol-betol 'hangguk kepala', tapi bagi aku ada sedikit persoalan,dan juga sedikit pro dan kontra (pada pandapat aku) mengenai konsert ni




PRO
-disamping kita melayan muzik keras,sumbangan jualan tiket juga disalurkan ke tabung Gaza. alhamdulillah
-band pioneer rock tanah air, search dan wings ( exclude sweet charity,sebab band ni dari singapura)berkemungkinan besar akan beraksi,sape boleh lupe beb, lagu balada pemuzik jalanan dengan jerangkung dalam almari
-band-band yang tak kurang hebat seperti DVS,Revenge dan FTG, serta skapunk dari johor,plague of happiness pun ade.
-tunda time bulan 6,aku dah gaji dah time tu,rambut pun dah panjang,boleh headbang depan pentas,hahaha!
-alternatif kepada rock the world (rock ke?)

KONTRA
-apasal band indie pun ade jugak,suntikan glamor tu sume,buat minda kite jadi khayal!
-kurang publisiti,berbanding rock the world yang siap kuar Tv die punye iklan, tapi aku tau pasal konsert ni pun sebab tgk majalah KONSERT.

tu je yang dapat aku fikir setakat ni,tapi atas usaha yang disuarakan oleh ahli parlimen johor ini amat wajar diteruskan, memartabatkan penggiat muzik keras negara kita yang semakin tenggelam dalam arus komersial dan plasticity. tapi ape yang aku harap nanti,takde gadoh-gadoh dgn minum2 arak,n berzina di khalayak ramai, kamon beb,gua datang nak rock,bukan nak nak tgk lu punye movie free. papehal pun,aku dah plan nk g dgn midin,heheheh! rock on!

-rock radical-
alfiesyahril

No comments:

Post a Comment