skip to main |
skip to sidebar
perjalananku...fahamilah siapa aku...
hijau...mendamaikan...
aku baru lepas balik dari ladang , masuk hari ni, sudah 2 minggu aku memulakan dan menggalas tanggungjawab sebagai pembantu penyelidikan di fakulti pertanian universiti putra malaysia yang bertuah ini. dengan peluh yang membasahi segenap tubuhku,dengan keringat yang mengalir lesu di pipi, serta kecekalan yang sentiasa aku semat di dalam hati,aku gagahkan juga diri aku untuk mencoret seutus tinta yang mungkin boleh dikongsi bersama rakan yang sentiasa ada setia menemani. tak banyak yang boleh aku nukilkan mengenai perlakuan yang senantiasa aku gambarkan dalam hidup aku,cuma satu perjalanan dalam hidup yang aku teruskan untuk mencapai matlamat yang masih samar-samar di hari mendatang. namun aku pasti, setiap langkah yang aku ambil,dan setiap jejak yang aku turuti akan aku mulakan dengan kesyukuran kehadrat illahi dan perasaan waspada,di samping menggenggam erat azam untuk memajukan diri sendiri,insyaallah...namun,aku tahu setiap langkah yang aku rasakan benar,belum tentu lagi akan memuaskan hati insan-insan yang lain, dan setiap manusia mempunyai pandangan yang berbeza mengikut keadaan dan juga pengalaman yang pernah dikutip. aku tahu,pandangan sinis sesetengah manusia yang menganggap apa yang aku lakukan ini adalah sia-sia,waima aku sendiri tidak merasakan sedemikian rupa. pandangan stereotaip rakyat malaysia mengenai orang yang bergraduat: sukar mendapatkan pekerjaan dan tangkap muat, aku juga biasa memikirkannya,namun dalam setiap elemen negatif itu,masih terselit nilai-nilai posotif yang perlu kita ambil. apa yang aku lakukan sekarang adalah sebagai batu loncatan untuk aku menggapai sesuatu yang aku impikan,dan semua itu ada harganya,bukan semudah melayari ombak di pantai. aku percaya,setiap rezeki itu ada pada setiap insan,cuma perlukan usaha untuk mendapatkannya,serta amal yang istiqamah.kepada rakan-rakan,aku berharap agar anda semua mengerti apa yang tersirat dalam setiap perlakuanku, kerana aku juga insan yang lemah,hamba Allah yang hina, mana mungkin aku dapat menggapai bintang di langit sedangkan usahaku hanya sebesar kuman. manakan bulan akan jatuh keriba jika hanya menggoyang kaki sahaja. maafkan aku jika sesetengah perkataan yang aku pernah luahkan menyinggung mana-mana rakan aku yang aku kasihi....maafkan aku....kepada ibu dan ayahku, kamu membesarkan aku sejak dari aku kecil,memberikan segalanya dan menuruti apa jua kehendak dan kemahuanku. aku juga tahu,kamu tidak ingin aku bersusah payah dalam mengenal erti kehidupan,kerana semua kesukaran itu pernah kamu lalui satu ketika dahulu,dan kamu mahu yang terbaik padaku, namun ibu dan ayahku, maafkan aku juga,kerana apa yang aku lakukan ini adalah pilihanku, dan aku ingin mengutip pengalaman dalam mengajar aku erti kehidupan itu dengan lebih mendalam. maafkan aku....terlalu cepat masa itu berlalu,dan terlalu cepat semua kenangan meninggalkan kita,namun hidup perlu diteruskan, dan sokongan anda semua adalah pendorong semangat bagiku... semoga apa yang aku kasihi akan sentiasa di ingatanku...amin..train keep rollin'-alfiesyahril-
live your life dude~ it's all yours..
ReplyDeletekalo kita sndiri xbantu diri kita sape lg kan...kalo ikhlas keje even agkt taik pn insya ALLAH akan ada balasannya(xkutuk ko ye)...tp kalo dh kaye igt mcm aku slalu ckp fe...semoga mencapai cita2 dunia akhirat..amin..
ReplyDelete