13 October 2016

sembang kosong sembang tak nak jatuh sembang kepala butoh

aku masih dalam proses menyesuaikan diri dengan situasi di persekitaran baru ,berubah sedikit lanskap walaupun masih berada dalam jabatan yang sama,cuma intipati tugasan tersebut sedikit berbeza.

sambil mencari-cari input baru yang ingin dicanangkan bagi menerobos hala tuju buntu kerja aku ni, aku melayan laman facebook, terutamanya game terbaik pernah dicipta iaitu candy crush yang pernah popular satu masa dahulu... masa popular dulu aku acah2 rebel,xnk main,konon tak nak dianggap sellout la, bila dh out of date baru nk main... konon2 follower true... nak menunjukkan rebelliousnya aku dengan tidak mahu menelusuri arus perdana seiring dengan manusia lain.

sambil2 tu jugak la,aku suka jugak tengok post2 org ni, pelbagai jenis...ada yang up diri sendiri,berkongsi kegembiraan bersama keluarga, bersembang politik, up video bukan2, post pasal agenda yahudi pejadah ape entah, post2 islamik, review post lama dan bermacam2 lagi lah...tak kesah lah, laman untuk berinteraksi secara sosial, walaupun aku ingat perubahan post2 tu seiring dengan peningkatan usia pengguna asalnya. seronok la baca2, cuma kadang2 tu ada sesetengah post yang aku anggap tak patut pun ade jugak...sesetengah post yang bagi aku jenis yang ditulis oleh orang yg ignorance...yang berasa pandai tapi bongok...yang berasa betul tapi tidak, yang berasa tepat tapi samar2...

nak bercerita pasal sesuatu masalah,dan nak beri pandangan tu tak salah, tapi pastikan kau dah perhalusi setiap apa yang kau nak tulis, kene ingat,laman sosial ni ada macam2 org,takut ada yang terasa hati, tapi macam aku x kesahlah, aku memang suka sakitkan hati orang, dan tumpuan aku adalah kepada mamat2 dan minah2 ignorance ni lah.. 

aku bagi contoh, xdelah contoh sangat,ni memang jadi...bercerita pasal kesusahan orang yang nk buat pembayaran pinjaman ptptn, lepas tu komen sembang pelir ckp masa ptptn dtg bg janji manis la,student tertipu la, patut jgn buat la...wei celake, mase dia orang buat tu, dia orang dh tau dh pinjaman tu mmg akan menyusahkan,memang masa bayar akan sakit tapi kenapa dia pinjam? kenape? why ? why? sebab masalah kewangan la gampang! bukan semua orang masuk universiti tu orang kaya, bukan semua yg masuk tu mak ayahnya berjentera jenama luar negara, ada sesetengah dihantar naik kenderaan awam, kadang2 terpaksa pinjam duit sedara mare nk masuk ke menara gading.  lagi satu, latar belakang kau yang serba serbi lengkap tu yang membuatkan orang lagi skeptikal dgn kau, kau orang senang,lepas tu nk suruh orang susah x payah pinjam ptptn, madefaker pejadah ape nye...kau tak rasa situasi tu, tapi kau pandai2 bercerita macam apa yang kau buat tu betul. kau dalam masa yang sama mewujudkan satu emosi yang sangat bangsat dalam diri org yang terkesan dengan komen naif kau tu.

pergh, padu...aku nak start lagi satu spesies

golongan feminist fuckhead...yeah! buat kau orang yang xtau, feminist ni adalah golongan perempuan yang berasa apa yang perempuan buat adalah terbaik,dan perempuan boleh overdo lelaki dalam segala bidang...wei makcik , dah2 lah nk tunjuk girl power tu, dah ada anak dh pun, dah x cool la benda ni,budak2 baru nak up dengan budak wicet je nk pride sangat benda mengarut ni.zaman kita nak hip tu dah berlalu. aku bukan nak menenggelamkan kemampuan wanita,tapi bagi aku,lelaki dan wanita dicipta untuk saling melengkapi, jadi setiap individu ada keistimewaan tersendiri. aku x pernah nafikan kekuatan dan keupayaan seorang wanita, wanita ni insan yang hebat, mak aku,isteri aku,tanpa mereka aku tak boleh survive sewenang wenangnya. tapi bagi menegakkan kekuatan seorang wanita dengan menyerlahkan kekurangan seorang lelaki,itu adalah tindakan seorang yang hipokrit... selesbian mana pun seorang pengkid,akhirnya masih menggunakan dildo untuk memuaskan nafsu, dan menyerlahkan kekurangan seorang lelaki,terutamanya suami sendiri aku ingat sesuatu tindakan yang tak bermoral, bangang x hormat suami ke ape...

setakat ni aku review dua jenis musibat ni lah, sebab ni latest encounter aku, jadi aku masih ingat dengan jelas...aku seronok sebenarnye, sebab jenis 2 madefaker ni aku suke test, aku saje post2 pasal kehebatan wanita, jadi aku tgk likers ni biase golongan2 feminist ni la, dah boleh agak dh bile tgk jenis post dan likers dia siapa, saje je aku post...bagi diorg up sikit sebab bila lelaki post pasal memuji kehebatan wanita, mereka ni banggalah, tapi bila aku post lagu emperor dgn immortal xde pulak dia orang ni nak like, hahaha. tapi dia orang kene ingat, post aku indirectly cover semua, gender ni tak subjektif mana pun, mangkuk2 ni la yg buat sesuatu tu jadi masalah,padahal takde ape pun. dan pada yang tak berpijak di bumi nyata tu, tak payah sibuk2 hal orang, settle hal kau sendiri dulu...beauty,hardship,anything la are in the eye of the beholder. setiap orang situasi dia berbeza, toksah sembang kau tau perit hidup orang susah bila kau sedari kecil dihayun buaian emas.

lama aku tak tulis panjang ni, kalau kau dah baca sampai sini,tahniah la,kau orang berjaya disewelkan oleh sihir aku... kepada yang tak baca habis, fuck you, sebab aku tau kau orang tak baca sampai sini (tapi biase kau orang mesti skip sampai part last ni,jadi fuck you lagi sekali untuk kau orang,hahaha)


EYE HATE YEW
-alfiesyahril-








27 September 2016

hardwired...to self destruct

this november 18th, can't wait to thrash all around like i used to do

23 September 2016

menulis

menulis adalah satu cara meluahkan perasaan.
menulis juga membuatkan si penulis itu ceria jika hasil tujuan tulisannya ke arah itu
menulis menajamkan minda.
menulis juga salah satu senjata dalam istilah sebuah perjuangan

menulis itu datangnya dari minda ataupun hati
menulis dengan minda untuk perkara-perkara berfakta,perkara kritikal,perkara yang perlu perbincangan serta perkiraan,perkara yang memerlukan perahan otak itu sendiri
menulis dari hati melibatkan emosi,memori,keadaan,luahan seni dari sanubari yang berentak melankolik mahupun anarki.

menulis itu sesuatu yang indah... namun masa itu sentiasa mencemburui...aku suka menulis untuk bercerita, bercerita dalam erti kata mengungkap titip-titip garis masa yang berlaku di sekeliling aku.

aku menulis bukan untuk sesiapa,aku cuma menulis bila aku rasa aku patut menulis,bila aku rasa aku mahu menulis, bila aku rasa aku menulis.

bila aku mula menulis...

-alfiesyahril-

02 February 2016

gadisku

sesungguhnya sesebuah keluarga itu adalah di mana tempat pulang sesuatu manusia.

segala masalah,baik atau buruk,senang mahupun susah,membuat seseorang kembali kepada keluarganya

"family : the greatest thing in life aren't things"

sebagaimana sukar sesuatu keadaan untuk mengekalkan keharmonia,namun di situ sentiasa terletak segala penyelesaian kepada kekusutan:keluarga

walau bagaimana terjadi,perkara yang akan tetap aku pertahankan adalah keluarga

keluarga kecilku

selamanya terletak cintaku

kepadamu zuriatku

dan cintaku hanya untukmu,wahai isteriku

isteri....

seseorang yang senantiasa ada di saat aku berada dalam kekusutan
seseorang yang akan menjadikan keceriaan itu muncul tatkala kekecewaan itu menyelubungi kalbu
teman baikku, kekasihku....cintaku

aku mungkin seorang yang polos
dan setiap perilaku aku menjengkelkan
ulang dan merosakkan
sampah dan menyakitkan

aku berlagu tanpa sendu
irama yang berkumandang bergema layu
tiada ritma dalam palu
akhirnya tumpas di dalam onak dan liku

senantiasa kekuatan itu muncul tatkala dia menghulur tangan
membawa harapan dan juga impian
di hari hadapan ,kujelmakan setiap bait perasaan
nukilan tiada bertepian

cintaku,dan kasihku untukmu duhai isteriku
di kala malam berlalu pilu
syair dan intuisiku membisik di fikiranku
kerana aku tahu engkau adalah yang terbaik untukku


terima kasih cintaku,suhaida gadisku

28 January 2016

starting the new year by celebrating it isn't the way of me
nor neglecting it also isn't the way it should be

by far,this life seems to test me from each side,
the fulfillment of necessary things, sometimes brings me to a stage
where everything looks desperating,sometimes mesmerizing

i'm a sinner, and i tend to make mistake
i do
because perfect i'm not...so blame me and i won't grumble
but insulting me is another whole level
i'm a mere human, i have feelings,i have my own task
all i need is a little respect
respect from a human to another human

yeah, nobody can't accept the repeated mistake
but who am i to stop it,
i'm still trying
if you can be in my shoe just for a day
just for a day
you will understand how struggling i am
how hard to fight
how hard to reconcile
how hard to satisfy others

honestly,i'm still trying
nothing i will regret,this life is a bless
although it brings me hard times
i won't back up,
i won't

and i'll try my best

18 August 2015

numtan pt. 2

sindrom drama swasta di siaran media prima yang berupa angan- angan manusia di kala waktu menjengah ke senja

angan-angan berkereta mewah,keluarga kaya raya dan ditambah pakej porak peranda

rakyat malaysia sukakan mimpi2 indah

berangan tak sudah

tapi cerita numtan ni bukan satu kisah cereka,yang ni cerita berpaksikan yang benar-benar belaka

cerita cinta antara negara

kau orang biase dengar dalam cerita,tapi ni realiti depan mata aku

seorang pengemis cinta mengharap kasih yang terbatas antara sempadan ,namun kuasa cinta itu tiada berkesudahan

gampang...rase nk mencarut aku nk menulis

08 July 2015

numtan

ini kisah bukan dongeng

ini kisah cinta

kisah cinta ini benar,walaupun kadang2 mcm sial pun ade

tapi xkesahlah,tuan punye suruh cerita

aku ceritalah...

nak taip pun dah mula menyampah dah....

25 June 2015

illuminati

illuminati ni

kalau difikir betul2..
satu organisasi yg sangat terancang,yg mana ahlinya orang2 bijak pandai,hebat2...yg menjangkau usia ratusan tahun,yang mana setiap aktivitinya bukan diadakan tanpa sebarang implikasi

tapi yang pelik, ramai pulak manusia yang tahu akan wujudnya organisasi ni,dan macam2 perancangan mereka dah dibongkar dan disebar untuk perhatian umum...

konflik timbul bila mana :

a) kau satu organisasi terancang,ahli bijak pandai,takkan semudah itu kau nak gerakan kau diketahui umum

b) segala kegiatan,isu2 yang dibawa serta hala tuju kau orang dah tahu

bila aku fikir balik la...aku ingat illuminati ni saje je bagi org tahu sikit2,mcm nk bg hint2 la dia org ni sangat le power,sampai dh control dunia...

aku ingat aku tulis pasal benda ni pun semua dah dalam perancangan illuminati....



.......teruk sgt dh ni....,nak berbuka lagi 4 jam....sabar...

23 June 2015

pasca permodenan


tutur bahasa irama nan biduanda eropah

pakaian kau jenama gedung-gedung terkemuka

perut lapar disumbat makanan bercop dagangan antarabangsa

kau berpijak beralas sepatu luar negara...walhal materialnya nusantara

tapi...

muka kau tetap berkulit sawo matang,persis bangsa yang dijajah sejak 1511 sehingga 1957 dan hingga sekarang masih tak merdeka-merdeka...mentalitnya


18 June 2015

berjuang

pincang

masa bermula untuk aku mulakan perjuangan
semangat perlu kental
langkah perlu terus dihayun

petang karang dh berbuka baru boleh sembang perjuangan

petang karang la


15 June 2015

kesetiaan kepada raja dan negara

rukun negara yang kedua...

bukan setakat untuk dibaca, tapi untuk kau faham sekali

setia kepada raja dan negara,
berbaur politik? tidak sama sekali
ia lebih menjurus kepada tahap patriotisme kita

aku nak komen lebih, tapi disebabkan aku seorang petugas negara.aku tak dapat menjalankan proses demokrasi tu secara telus,atau demokrasi itu sendiri adalah tidak telus...terbelenggu dengan erti kata lebih tepat

aku rasa kau orang faham, aku rasa aku tak perlu suap sepenuhnya, kau orang bisa menerobos intipati yang aku nak sampaikan

sekian

p/s : apa ada pada demokrasi, sistem paling adil? bullshit...semua sistem samada republik,komunisme dan segalanya adalah agenda barat,tiada apa yang lebih baik seperti sistem khalifah yang menurut nas-nas yang dianjurkan dan diceritakan dalam Al-Quran.

ingat brader2, we are the product of the system that failed, think,think,think