05 October 2026

RE-UNION REIGNITE (the glory of us...revisited)

 semasa aku mula nak menulis entry ini, masih terngiang lagi event ad-hoc and last minute planned untuk reunion pada sabtu lepas yang terlaksana dengan jayanya di teratak indah amy dan zarin di Ijok. bila recall semula, rasanya lama sungguh tak ada sebarang acara gathering di antara mahasiswa ex-diploma perhutanan 2004 ni berlangsung. semua ni takkan terlaksana jika tiada buah fikiran bernas erin, menu makanan daripada che ros, penyediaan ruang acara daripada amy, serta kerjasama utuh dari segenap lapisan masyarakat ex-dip sama ada yang hadir mahupun menyokong dari jauh. ya, kalau aku tulis memang akan jadi satu karangan yang panjang dan membosankan, namun peduli hape aku, aku tetap nak bercerita jugak. 

pagi tersebut (tak la pagi sangat), dalam jam 11 pagi sayup-sayup kenderaan tiba ke teratak limas, kalau tak silap mdeans antara yang terawal sampai, diikuti maasiah dan izyan, lepas tu baru che ros, enol, mamat (surprise betul ni), erin dan aku . aku sampai je che ros dah tgh memasak, datang lambat ni sebenarnya adalah skill turun temurun aku supaya bila tiba, boleh terus menatang pinggan bersama nasi dan terus bersantap, namun timing agak lari dan aku masih perlu menolong apa yang patut. makan tengahari boleh tahan juga menunya ; kari ayam, tomyam campur, ikan goreng garing, telur dadar serta ulam-ulaman yang dilengkapkan dengan budu tempoyak erin dan sambal belacan . 




persiapan makan tgh hari, enol seperti biasa, pura-pura sibuk sebelum taktik tersebut disedari erin dan dikerah untuk bertugas

usai makan tengah hari, moktar sampai sambil ditemani MV Agusta Rivale 800, mujur sempat berjumpa enol dan mamat yang terpaksa mengundur diri atas urusan masing-masing namun semua telah menetapkan tekad bahawa akan datang, repeat mesti repeat dengan lebih bergaya bersama kehadiran yang lebih ramai. tidak lama kemudian, ain dan mira tiba ,di mana mira berjaya dipujuk oleh ain utk datang walaupun pada awalnya, mira menyatakan kekecewaannya tidak dapat hadir akibat urusan keluarga. namun di atas semangat setiakawan dan santapan yang enak menanti, ain berjaya mem'brain-wash' mira dan beliau tiba dengan penuh bergaya. hahaha, semakin angkuh aku menulis.

mira dan ain tiba bersama bekas tapau, sentiasa bersedia bak kata orang Kok Lanas

perut kenyang, yang lelaki melepak sambil bercerita dan mengira-ngira untuk mencari tempat lena ataupun terus membuat kerja utk BBq di malam hari pula. sambil- sambil itu, golongan hawa seperti biasa, mencari tempat berkamera dan posing tidak ingat dunia, namun kami semua steady je.ye lah, bila lagi nak bersua dan bercerita, jikalau bukan inilah masanya.

kaum hawa dan OOTD berpisah tiada




hanya lelaki macho sahaja yang mampu membasuh periuk belanga

masuk petang hari, semua dah standby utk sesi BBQ malam. midah tiba sambil ditemani orang yang tak disangka... martin raj a.k.a. macha. mamat sorang ni last aku jumpa memang masa konvo dulu , duduk sebelah aku masa ambik transkrip, lepas tu hilang tanpa jejak. terharu betul rasa dapat jumpa the rarerities ni. tapi syahdu syahdu pun, kau sampai lambat, terus pergi bakar la daging tu, haha. jadi, semua berjemaah maghrib dan malam tu diadakan juga tahlil ringkas untuk sahabat kita yang telah pergi ; Reza, Buyut dan Wan Taf. lead tahlil dan yasin oleh Lebai Kudin, dan solat Isyak diimamkan oleh Moktar. 













masa BBQ pun bermula, jadi untuk sesi ni aku cuma hidangkan dengan gambar sahaja, kerana perjalanannya cukup indah, dan tiada kata-kata yang mampu merungkainya.





dan kami sempat juga merakam foto kami untuk diabadikan sebagai kenangan mengusik jiwa, cewah!


macha dan foto tidak bermoral, heheh.

aku memang suka post gambar tak posing lawa2, baru nampak asli

jadi kami berbual,sambil menjamu selera, dan bertukar cerita sehingga tidak sedar rupanya sudah lanjut ke tengah malam. terasa sayau juga apabila seorang demi seorang sahabat mula pulang ke destinasi masing-masing dan ke pangkuan keluarga. sambil mengemas apa yang patut, terasa satu kepuasan apabila dapat bersua,walau tidak lama, teman-teman sepermainan yang berada di saat jatuh dan sama2 menyokong di saat bangkit dan sama-sama meredah duri enau sehingga berada di tahap yang sekarang. terima kasih semua untuk perjumpaan kali ini. 

untuk masa akan datang, kita cuba untuk bertemu kembali, semua yang pernah bersama. selamanya
















alfiesyahril
-spread the joy-







No comments:

Post a Comment