27 September 2016

hardwired...to self destruct

this november 18th, can't wait to thrash all around like i used to do

23 September 2016

menulis

menulis adalah satu cara meluahkan perasaan.
menulis juga membuatkan si penulis itu ceria jika hasil tujuan tulisannya ke arah itu
menulis menajamkan minda.
menulis juga salah satu senjata dalam istilah sebuah perjuangan

menulis itu datangnya dari minda ataupun hati
menulis dengan minda untuk perkara-perkara berfakta,perkara kritikal,perkara yang perlu perbincangan serta perkiraan,perkara yang memerlukan perahan otak itu sendiri
menulis dari hati melibatkan emosi,memori,keadaan,luahan seni dari sanubari yang berentak melankolik mahupun anarki.

menulis itu sesuatu yang indah... namun masa itu sentiasa mencemburui...aku suka menulis untuk bercerita, bercerita dalam erti kata mengungkap titip-titip garis masa yang berlaku di sekeliling aku.

aku menulis bukan untuk sesiapa,aku cuma menulis bila aku rasa aku patut menulis,bila aku rasa aku mahu menulis, bila aku rasa aku menulis.

bila aku mula menulis...

-alfiesyahril-

02 February 2016

gadisku

sesungguhnya sesebuah keluarga itu adalah di mana tempat pulang sesuatu manusia.

segala masalah,baik atau buruk,senang mahupun susah,membuat seseorang kembali kepada keluarganya

"family : the greatest thing in life aren't things"

sebagaimana sukar sesuatu keadaan untuk mengekalkan keharmonia,namun di situ sentiasa terletak segala penyelesaian kepada kekusutan:keluarga

walau bagaimana terjadi,perkara yang akan tetap aku pertahankan adalah keluarga

keluarga kecilku

selamanya terletak cintaku

kepadamu zuriatku

dan cintaku hanya untukmu,wahai isteriku

isteri....

seseorang yang senantiasa ada di saat aku berada dalam kekusutan
seseorang yang akan menjadikan keceriaan itu muncul tatkala kekecewaan itu menyelubungi kalbu
teman baikku, kekasihku....cintaku

aku mungkin seorang yang polos
dan setiap perilaku aku menjengkelkan
ulang dan merosakkan
sampah dan menyakitkan

aku berlagu tanpa sendu
irama yang berkumandang bergema layu
tiada ritma dalam palu
akhirnya tumpas di dalam onak dan liku

senantiasa kekuatan itu muncul tatkala dia menghulur tangan
membawa harapan dan juga impian
di hari hadapan ,kujelmakan setiap bait perasaan
nukilan tiada bertepian

cintaku,dan kasihku untukmu duhai isteriku
di kala malam berlalu pilu
syair dan intuisiku membisik di fikiranku
kerana aku tahu engkau adalah yang terbaik untukku


terima kasih cintaku,suhaida gadisku

28 January 2016

starting the new year by celebrating it isn't the way of me
nor neglecting it also isn't the way it should be

by far,this life seems to test me from each side,
the fulfillment of necessary things, sometimes brings me to a stage
where everything looks desperating,sometimes mesmerizing

i'm a sinner, and i tend to make mistake
i do
because perfect i'm not...so blame me and i won't grumble
but insulting me is another whole level
i'm a mere human, i have feelings,i have my own task
all i need is a little respect
respect from a human to another human

yeah, nobody can't accept the repeated mistake
but who am i to stop it,
i'm still trying
if you can be in my shoe just for a day
just for a day
you will understand how struggling i am
how hard to fight
how hard to reconcile
how hard to satisfy others

honestly,i'm still trying
nothing i will regret,this life is a bless
although it brings me hard times
i won't back up,
i won't

and i'll try my best

18 August 2015

numtan pt. 2

sindrom drama swasta di siaran media prima yang berupa angan- angan manusia di kala waktu menjengah ke senja

angan-angan berkereta mewah,keluarga kaya raya dan ditambah pakej porak peranda

rakyat malaysia sukakan mimpi2 indah

berangan tak sudah

tapi cerita numtan ni bukan satu kisah cereka,yang ni cerita berpaksikan yang benar-benar belaka

cerita cinta antara negara

kau orang biase dengar dalam cerita,tapi ni realiti depan mata aku

seorang pengemis cinta mengharap kasih yang terbatas antara sempadan ,namun kuasa cinta itu tiada berkesudahan

gampang...rase nk mencarut aku nk menulis

08 July 2015

numtan

ini kisah bukan dongeng

ini kisah cinta

kisah cinta ini benar,walaupun kadang2 mcm sial pun ade

tapi xkesahlah,tuan punye suruh cerita

aku ceritalah...

nak taip pun dah mula menyampah dah....

25 June 2015

illuminati

illuminati ni

kalau difikir betul2..
satu organisasi yg sangat terancang,yg mana ahlinya orang2 bijak pandai,hebat2...yg menjangkau usia ratusan tahun,yang mana setiap aktivitinya bukan diadakan tanpa sebarang implikasi

tapi yang pelik, ramai pulak manusia yang tahu akan wujudnya organisasi ni,dan macam2 perancangan mereka dah dibongkar dan disebar untuk perhatian umum...

konflik timbul bila mana :

a) kau satu organisasi terancang,ahli bijak pandai,takkan semudah itu kau nak gerakan kau diketahui umum

b) segala kegiatan,isu2 yang dibawa serta hala tuju kau orang dah tahu

bila aku fikir balik la...aku ingat illuminati ni saje je bagi org tahu sikit2,mcm nk bg hint2 la dia org ni sangat le power,sampai dh control dunia...

aku ingat aku tulis pasal benda ni pun semua dah dalam perancangan illuminati....



.......teruk sgt dh ni....,nak berbuka lagi 4 jam....sabar...

23 June 2015

pasca permodenan


tutur bahasa irama nan biduanda eropah

pakaian kau jenama gedung-gedung terkemuka

perut lapar disumbat makanan bercop dagangan antarabangsa

kau berpijak beralas sepatu luar negara...walhal materialnya nusantara

tapi...

muka kau tetap berkulit sawo matang,persis bangsa yang dijajah sejak 1511 sehingga 1957 dan hingga sekarang masih tak merdeka-merdeka...mentalitnya


18 June 2015

berjuang

pincang

masa bermula untuk aku mulakan perjuangan
semangat perlu kental
langkah perlu terus dihayun

petang karang dh berbuka baru boleh sembang perjuangan

petang karang la


15 June 2015

kesetiaan kepada raja dan negara

rukun negara yang kedua...

bukan setakat untuk dibaca, tapi untuk kau faham sekali

setia kepada raja dan negara,
berbaur politik? tidak sama sekali
ia lebih menjurus kepada tahap patriotisme kita

aku nak komen lebih, tapi disebabkan aku seorang petugas negara.aku tak dapat menjalankan proses demokrasi tu secara telus,atau demokrasi itu sendiri adalah tidak telus...terbelenggu dengan erti kata lebih tepat

aku rasa kau orang faham, aku rasa aku tak perlu suap sepenuhnya, kau orang bisa menerobos intipati yang aku nak sampaikan

sekian

p/s : apa ada pada demokrasi, sistem paling adil? bullshit...semua sistem samada republik,komunisme dan segalanya adalah agenda barat,tiada apa yang lebih baik seperti sistem khalifah yang menurut nas-nas yang dianjurkan dan diceritakan dalam Al-Quran.

ingat brader2, we are the product of the system that failed, think,think,think



27 May 2015

tarekat

tertanya-tanya jugak dibenak aku ni:
kadang kadang terkeliru
kadang kadang aku mahu mencari jawapan
last sekali aku buat tak tahu

simpang dalam pembelajaran agama sudah tak semudah belajar pendidikan islam di sekolah
bayak sangat haluan,ditambah penyebaran secara berleluasa fahaman-fahaman ortodoks selari sekular di laman sosial
yang mana yang haq,yang mana yang batil sendiri pun aku tak tau
semua mempunyai pegangan yang sangat kukuh,yang akan melatah tatkala dicuit sedikit,pabila disentuh apa yang dipercayai

aku nak bercakap hal agama ni aku memang tak pandai, tapi pasal isu cium tapak kaki?????

ok,cukup setakat tu,apabila kita ni bukan alim pasal sesuatu isu,jangan memandai nak bercerita,karang timbul pulak tarekat baru karang

p/s : orang lebih mempercayai fitnah daripada kebenaran dasawarsa ni

alfiesyahril
-