05 January 2010

pergh...member aku lagi

pasangan dua mempelai

hari ahad, 3 haribulan januari 2010, permulaan yang baik untuk aku dgn member2, tak banyakl aku nak tulis kat blog ni,pasal rasis pun dah cite pasal erin nikah kat blog die....so, ape yang aku nak ucapkan adalah tahniah erin,ko dah kawen dah pun, sorang2 member aku meninggalkan zaman jahiliah mereka untuk berumah tangga,hahaha! mind my language, biase la tu, tapi papehal pun erin,jangan lupe la kat kitorang ni ,lepak tetap lepak, rock tetap rock,n jiwa muda tetap panas membara,heheh! selamat pengantin baru member, semoga berkekalan ke anak cucu...amin

-the trooper-
alfiesyahril

29 December 2009

selamat pengantin baharu...member!

hahaha! seronok betol dapat berjalan ke muar, perjalanan yang agak lama tu tak sedikitpun membataskan pergerakan aku ingin ke tempat lain. travel bersama rakan2 lama memang menyeronokkan, seperti mengulangi perkara lepas yang mana,kita semua ramai2 g road trip amali...semua masih keanak-anakan dan sikap nakal tu masih belum lepas dari diri masing2...3 buah kereta dari UPM ke Muar, n satu kereta membawa 2 orang musafir dari penang...aku naik kete dengan midin,wan taf dan joa, lagi satu kereta dikemudi oleh mek ros, dan di co-pilot kan oleh izyan dan disempitkan dengan raja,pija dan dayang,hahaha! ( jangan marah member,gua gurau je) n satu lagi, kurt den dan man, serta rasist against the machine serta oddy and the giblockers,hehehe! ( gurau lagi beb,jangan amik hati) perjalanan memakan masa selama agak2 3 jam la jugak, tapi interesting, (sorry for the bad body languages i've made along the trip,hehehe!) sampai2 sane, kemeriahan majlis itu sudah terasa. paluan kompang menyemarakkan suasana perkahwinan di kampung, yang senantiasa menjadi idaman aku untuk menjayakannya bagi diri aku... aku n the gang sampai dalam pukul 2 jgk, n time tu ain dan erol dah bersanding, sambil diapit oleh syam dan elini, dalam kepala aku terbayang lauk pauk yang disajikan di sana,tapi yang bertaklhta di hati aku adalah gulai nangka die,pergh! memang tangkap syahdu makan gulai tu.

n then setelah mempelai bersanding,kami semua pun amik la gambar ramai2,lepas tu makan2 n sebelum pulang,aku bagi sambal goreng pada elini,hehehe! feveret tu. n the kami pun berura2 ingin bertolak pulang ke upm....NAMUN, ada unsur2 mistik telah mengaburi minda kami untuk ke batu pahat,dan unsur itu sungguh kuat membelenggu kami,sehingga tiada daya untuk kami menolaknya.....dan bermulalah perjalanan kami ke batu pahat dengan jayanya...setengah jam (x3) akhirnya kami sampai jua ke batu pahat, (rumah oddy ) n kami dilayan dengan ramah oleh parents beliau, n yang paling best adalah kuih ubi goreng serta mee goreng yang sungguh lazat sekali ( credit for oddy mom) setelah menunaikan solat maghrib (ehem2) kami dengan penuh iman di dada bertolak pulang ke upm, wan taf mengemudi kenderaan midin dengan sungguh efisyen sekali,terasa seperti menaiki kapal terbang supersonic yang tidak mempunyai sayap....namun sayang..... minyak berkelip di pertengahan jalan dan memaksa kami exit di melaka sekejap untuk mengisi gasolin ke dalam motokar, namun tanpa patah semangat, kami meluru keluar daripada hentian ayer keroh untuk mengejar kuden dan mek ros di hadapan tanpa memikirkan masa depan kami,dan akhirnya kami berjaya melaluinya...dan wan taf tanpa menoleh belakang,terus kembali ke pos beliau,dan kami pulang ke UPM, itulah serba sedikit coretan perjalanan ke Muar yang menyeronokkan...

kepada Ain,Mira dan rakan2 yang akn berkahwin nanti,aku ucapkan selamat berbahagia, aku doakan hubungan anda semua berkekalan sehingga ke akhir hayat, terima kasih kerana bagi aku peluang untuk kenal anda semua...sampai bile2 pun aku akan sentiasa dekat di hati kau orang...

oi beb! selamat pengantin baru!!!!!! (hehehe!)

p/s : kejadian di atas ada kene mengena dengan yang hidup . maafkan aku jika ada tersalah dan silap,aku gurau je beb

walimatul urus
-alfiesyahril-

21 December 2009

perjalananku...fahamilah siapa aku...


hijau...mendamaikan...

aku baru lepas balik dari ladang , masuk hari ni, sudah 2 minggu aku memulakan dan menggalas tanggungjawab sebagai pembantu penyelidikan di fakulti pertanian universiti putra malaysia yang bertuah ini. dengan peluh yang membasahi segenap tubuhku,dengan keringat yang mengalir lesu di pipi, serta kecekalan yang sentiasa aku semat di dalam hati,aku gagahkan juga diri aku untuk mencoret seutus tinta yang mungkin boleh dikongsi bersama rakan yang sentiasa ada setia menemani. tak banyak yang boleh aku nukilkan mengenai perlakuan yang senantiasa aku gambarkan dalam hidup aku,cuma satu perjalanan dalam hidup yang aku teruskan untuk mencapai matlamat yang masih samar-samar di hari mendatang. namun aku pasti, setiap langkah yang aku ambil,dan setiap jejak yang aku turuti akan aku mulakan dengan kesyukuran kehadrat illahi dan perasaan waspada,di samping menggenggam erat azam untuk memajukan diri sendiri,insyaallah...

namun,aku tahu setiap langkah yang aku rasakan benar,belum tentu lagi akan memuaskan hati insan-insan yang lain, dan setiap manusia mempunyai pandangan yang berbeza mengikut keadaan dan juga pengalaman yang pernah dikutip. aku tahu,pandangan sinis sesetengah manusia yang menganggap apa yang aku lakukan ini adalah sia-sia,waima aku sendiri tidak merasakan sedemikian rupa. pandangan stereotaip rakyat malaysia mengenai orang yang bergraduat: sukar mendapatkan pekerjaan dan tangkap muat, aku juga biasa memikirkannya,namun dalam setiap elemen negatif itu,masih terselit nilai-nilai posotif yang perlu kita ambil. apa yang aku lakukan sekarang adalah sebagai batu loncatan untuk aku menggapai sesuatu yang aku impikan,dan semua itu ada harganya,bukan semudah melayari ombak di pantai. aku percaya,setiap rezeki itu ada pada setiap insan,cuma perlukan usaha untuk mendapatkannya,serta amal yang istiqamah.


kepada rakan-rakan,aku berharap agar anda semua mengerti apa yang tersirat dalam setiap perlakuanku, kerana aku juga insan yang lemah,hamba Allah yang hina, mana mungkin aku dapat menggapai bintang di langit sedangkan usahaku hanya sebesar kuman. manakan bulan akan jatuh keriba jika hanya menggoyang kaki sahaja. maafkan aku jika sesetengah perkataan yang aku pernah luahkan menyinggung mana-mana rakan aku yang aku kasihi....maafkan aku....

kepada ibu dan ayahku, kamu membesarkan aku sejak dari aku kecil,memberikan segalanya dan menuruti apa jua kehendak dan kemahuanku. aku juga tahu,kamu tidak ingin aku bersusah payah dalam mengenal erti kehidupan,kerana semua kesukaran itu pernah kamu lalui satu ketika dahulu,dan kamu mahu yang terbaik padaku, namun ibu dan ayahku, maafkan aku juga,kerana apa yang aku lakukan ini adalah pilihanku, dan aku ingin mengutip pengalaman dalam mengajar aku erti kehidupan itu dengan lebih mendalam. maafkan aku....

terlalu cepat masa itu berlalu,dan terlalu cepat semua kenangan meninggalkan kita,namun hidup perlu diteruskan, dan sokongan anda semua adalah pendorong semangat bagiku... semoga apa yang aku kasihi akan sentiasa di ingatanku...amin..


train keep rollin'
-alfiesyahril-

18 December 2009

erti satu pernyataan

"ape aku patut buat dengan diri aku "....
satu pernyataan kosong,hendak aku kupas,tapi tidak lut dengan pisau,akhirnya masih terbiar kosong, aku melihat kebahagiaan orang lain tanpa aku dapat menggapai kebahagiaan aku tu sendiri, sendiri....sendirian..... padan muke aku.

07 December 2009

bicara dari hati ke hati

setelah sekian lama aku menjadi sesuatu,bukan seseorang yang belum pernah sesiapa ketahui,sesuatu yang aku kesali,namun aku tetap teruskan dan akhirnya menghancurkan diri aku sendiri. ianya tidak dan masih belum lagi mengubah haluanku,namun impak yang terhasil,memberikan suatu gambaran dan kekesalan yang tak sudah dan perlu aku hirup dan telan sepanjang hayat aku. nukilan aku ditulis atas dasar aku dapat membebaskan diri daripada belenggu yang telah merantai aku sementelah sekian lama. aku sentiasa mencari ruang dan meneroka maksud tersirat yang sentiasa wujud dalam diri aku,dan tak pernah selesai walau difikir dan dikupas,dilihat dan ditafsir, diluahkan. setiap persoalan yang wujud,menjadi tanda tanya yang jawapannya masih belum aku temukan.segala penceritaan,permasalahan aku sentiasa dipendam,semakin lama memakan hati dan jiwa aku sendiri, aku masih mencari penyelesaian,dan sehingga kini masih lagi mencari persoalan yang sentiasa berlegar di minda aku yang masih lagi kolot dan naif mengenal apa itu erti sebuah kehidupan.
kenapa aku?
kenapa perkara yang tidak aku ingini serlalu berlaku dan aku tidak dapat menyelesaikannya. penyelesaian yang aku ambil jarang sekali menggembirakan aku,jiwa aku,perasaan aku terutamanya. aku sentiasa disuruh dan dipaksa untuk memahami keadaan sesuatu, tetapi kenapa tiada berlaku sebarang tolak ansur,dan tiada persefahaman dalam sesuatu penyelesaian. aku mencuba,dan setiap kali aku melangkah, halangan yang wujud amat besar sekali untuk aku harungi,dan memaksa aku berundur beberapa langkah,menyebabkan aku sukar untuk berada di hadapan,di tempat di mana sepatutnya aku berada sekarang, aku insan biasa, dan aku juga perlukan sokongan,kenapa tiada tangan yang menyambut dan memimpin aku ke hadapan sana, kenapa tangan-tangan dahulu yang melambai,semakin hilang satu persatu dan mulai kabur dari penglihatan aku. walaupun aku berjaya mengharungi jua halangan itu,aku mulai sedar,segala-galanya sudah terlewat,aku hampir terjatuh kembali, tetapi aku berusaha untuk bangun kembali,tapi kali ini,terasa kesukarannya adalah lebih hebat daripada dahulu.
penantian aku
di kawasan yang gelap aku terkurung,terasa hitam dan kelam.aku seperti tiada arah tuju,tidak kelihatan satu pun jalan di hadapanku, aku masih menanti sinar cahaya yang dapat menerangi jalan untuk aku keluar daripada kegelapan ini,aku masih lagi menanti,dan setiap saat aku meminta pertolongan daripada yang maha esa untuk mendengar rintihan hambaNya ini...aku akan sentiasa menanti sinar itu.walau seberapa lama sekalipun, aku masih takut untuk meneroka sendiri kegelapan itu,keberanian itu masih belum wujud,namun aku mesti berusaha untuk mengumpul saki baki semangat yang masih ada...aku akan cuba
kebahagiaan
cukup sukar untuk diterangan serta disuratkan erti satu kebahagiaan, aku pernah mengecapinya,namun terasa singkat masa itu,dan aku masih dambakan ia untuk kembali. aku lebih mengenali penderitaan berbanding kebahagiaan,kekecewaan berbanding kegembiraan. kesilapan aku, yang aku harus renungkan dan ambil iktibar dari apa yang terjadi, untuk mengembalikan senyuman yang pernah terukir di bibir aku bukan semudah yang disangka, bukan semudah aku mendapat senyuman itu dahulu,bukan semudah ianya dihancurkan dan dilepaskan,serta dipisahkan. aku harus kembali pada asalku,renungkan kembali apa yang pernah aku lakukan,dan mengenal apa yang menjadikan punca dan akibat.

semuanya adalah takdir,dan telah dicoret di dalam kamus kehidupan. bagi kita yang menyalahkan takdir, selami apa yang pernah kita lakukan dahulu,apa yang pernah kita maksudkan,dan jawapannya adalah berpunca dari kekhilafan diri dan dalaman kita sendiri. aku percaya pada takdir aku,dan aku akan mengambil pengajaran daripadanya.setiap yang berlaku itu ada hikmahnya....


the price to pay
-alfiesyahril-

02 December 2009

makluman sket

buat masa ni aku agak bz sket, banyak perkara aku tak settlekan lagi setakat ni,n thesis aku in progress,so kepada kawan2 ,aku mintak maaf,aku tak dapat bg komitmen sket untuk blog aku ni buat masa sekarang,so untuk masa akan datang,banyak benda akan aku diskas dan ceritakan pada kau orang,terima kasih beb, see you all soon i hope, keep running with the wind,although right now i'm riding the lightning, see you!

modjo-jojo
-alfiesyahril-

17 November 2009

gambar semasa di hari kejadian,heheh!

mangsa reunion kali ke-2,who's next?
antara gadis penyeri majlis
bakal bapa2 mithali (kate diorg la)

senyum!
geng2 kaki bakar ni

16 November 2009

the glory of us....again

this beautiful friendship....

3 hari lepas,akhirnya kami berjaya juga menyudahkan satu sesi perjumpaan antara rakan2 ex-diploma serdang di bukit expo upm, satu perjumpaan antara rakan2 lama,bertukar-tukar ceritera dan berkongsi kegembiraan sambil dirahmati tuhan dengan hujan yang turun renyai2, majlis berlangsung dalam pukul 10 pagi ,di mana akun dan rakan-rakan ku yang lain menyiapkan kawasan dengan tempat membakar ayam dan segala keperluan yang lain, rakan-rakan yang jauh sampai dalam waktu tengah hari,dan kami sama-sama membakar ayam dalam suasana yang cukup ceria dan menggembirakan,pergh! sambil2 kami makan dapat,ku lihat terpacar wajah kepuasan di kalangan rakan-rakan aku, ya,wajah gembira setelah lama tidak bersua,mencetus satu fenomena yang jarang didapati sepanjang aku menghabiskan pengajian aku di peringkat degree di sini, dalam kesibukan tu juga,aku dapati rakan-rakanku ramai yang sudah mengecap hidup yang bahagia,berpendapatan tetap,berbanding 3 tahun yang lalu,semasa moktar mengadakan jamuan tahun akhir diploma...sekarang,ramai rakan-rakan ku datang berkereta,ada juga yang datang membawa bayi comel,dan ada juga yang berbadan dua,tidak aku lupa juga kepada bakal2 pengantin yang akan mendirikan mahligai indah masing2 tidak lama lagi....heheh! sungguh cepat masa berlalu,dan banyak perubahan yang aku nampak

50 orang rakan2 kita yang hadir,itu sudah cukup melegakan bagi aku,dan tidak lupa aku ingin ucapkan terima kasih kepada mamat,sebab ayam yang die peram memang sedap,hehehe! pelbagai emosi timbul pada saat majlis itu berlangsung,aku hanya melihat dan memerhati,bahawa persahabatan itu tetap utuh walau lama telah berpisah,ye lah,bayangkan selama 3 tahun kita bersama semasa diploma,kelas yang sama,trip yang sama,menjadikan ikatan itu sukar untuk diputuskan,umpama saudara sedarah...tak malu untuk aku katakan di sini,bahawa aku sungguh terharu terhadap komitmen anda semua yang hadir,dan yang bertungkus lumus menjayakan pertemuan ini,kepada yang tidak dapat hadir,aku tak salahkan kau orang semua,walau timbul sedikit kekecewaan dalam diri aku sedikit,namun itu semua masih dapat dimaafkan ,rilek la geng!aku tau korang memang nak datang,tapi len kali,bila kita orang buat lagi majlis macam ni,kau orang kena la datang,hahaha! ceh!apahal aku nak bersedih lak ni,ok2, kat bawah ni aku nak bagitau, presiden persatuan kita adalah moktar,bendahari huda n biro perhubungan adalah che mat,ini semua untuk meneruskan kesinambungan pada masa akan datang,semoga perhubungan kita tidak putus setakat kita berada di UPM sahaja,itu harapan aku,dan aku tau itu juga harapan rakan2 yang lain...

aku cuma insan biasa,n terima kasih kepada yang lain,tenkiu la kau orang tolong aku,kau orang memang best!

ayie n bakal tunang


p/s : sori che mat.aku mintak maap hari tu,hehehe!



i still remember those glory days...
-alfiesyahril-

05 November 2009

'bang, burger ayam satu!'

'' small body,but big at heart'

'fuhhh...' hembusan asap rokok mengaburi skrin monitor member aku ni, dah berape kali aku tgk movie crow zero ni,n timbul bibit2 kebosanan dalam diri aku, sekejap aku keluar ke beranda blok c ni,n tgk orang ramai lalu lalang,yg naik kereta,naik motosikal, yang jalan kaki,couple...couple....,tgkp syahdu pulak aku mengingatkan istilah tu,tapi takpelah,jgn difikirkan sangat...aku masuk ke bilik, n disinilah aku mula menulis kembali, hidup aku ni boleh kata senang je flownya,takde masalah yang meruncing,setiap hari,suatu rutin berlaku tiap2 kali tanpa aku sedar pun,sebab ianya adalah rutin,...alangkah bertuah aku ni,keluarga aku sederhana,n selama ni aku tak pernah lagi kebuluran,hasil penat lelah ayah dan mak aku mencari rezeki... dalam aku menjalani kehidupan,aku sentiasa terlihat,bukan semua orang menghadapi jalan hidup semudah yang aku sangkakan..
satu hati,aku pernah ikut kawan aku,tolong dia berniaga,midin nama dia,orang die kecik je,kurus pulak tu,n walaupun badan aku besar,namun semangat aku tak sebesar semangat midin ni,aku tak dapat bayangkan macam mana hidup aku kalau aku melalui ape yang kwn aku ni lalui...aku kenal midin sejak dari diploma dulu lagi,die jugak antara pengaruh kuat dalam aku mengorat lini, dulu,kalau tak kerana motor die,takkan aku dapat bwk lini g minum petang kat bukit satelit,hehe!
hari tu,dalam minggu2 akhir,nk dkt dgn final test jugak,aku ke puchong,tempat midin ni berniaga,time tu dapat jugak aku tolong2 midin ni kupas bawang,n bakar roti,...oh ye,buat pengetahuan kau orang,midin ni meniaga burger,n memang sedap la die masak,..balik ke ayat aku tadi,boleh kata aku ikut dari upm,sampai dia habis meniaga...sambil2 berurusan dengan customer tetap die,kwn aku ni tak berat mulut,ramah je bertanya ,n membuatkan orang mudah berinteraksi dengan die,n then time dh dkt2 nk hbs meniaga,kitorg lepak2 jap ,smbil isap rokok,n tggu customer yg mungkin dtg agak lewat...

'din,kau tak penat ke hari2 buat benda ni,pagi kau dah nk kene g kelas,mlm ko bisnes pulak,memang terer la kau ni din,respek betul aku kat kau..'

'aku dah biase dah gas,4 thn dah buat keje ni'...

ringkas je ape yang die tuturkan,tapi mendalam...aku berani potong jari,tak semua orang boleh buat mcm mane midin ni buat,aku pun tak berani jamin aku boleh meniaga macam ni tiap2 hari sambil belajar...tap tu yang aku kagum dengan midin, die pemurah, kalau customer byr kurang pun,kadang2 die tak berkira, n barang yang digunakan pun die amik yang terbaik...ikhlas dalam ape yang dilakukan,tak hairanlah pelanggan die sentiasa ramai,n rezeki die sentiasa murah. dengan duit hasil meniaga tu lah midin gunakan untuk menanggung kehidupan die,disamping yuran pengajian dan lain-lain...sesetengah orang hanya mengharapkan sesuatu itu datang,tanpa sebarang usaha,n sesetengah orang berusaha dengan penuh gigih,namun hasil masih belum juga kelihatan,itulah yang dikatakan rezeki...bagi aku,sekuat mane pun orang tu,itu semua hanya dari segi lahiriah,n dari segi rohani,aku nampak semuanya dalam diri kawan aku ni...midin, sampai bile2 pun aku tetap respek kau din...

cbt3035 and the burger stall,quite a match rite?


'......................'
-alfiesyahril-

04 November 2009

babbling moment...dont take it so seriously

something happen in life,something that we never knew,but at the same time we will regret if we didn't take the chances, what is the meaning of this? hehehe! nothing more,just an inquiry in inner mind that we never explore or react to the calling...
sometimes we think that we have enough with what we have,or else we may think that there are many things that we want to achieve before we close our eyes...to eternity...the main point is, man will never lost their lust for something more than they had ever had. it is natural,and we can't deny it...and for achieving those lust.or in proper words,needs, they will do whatever it takes to get that...and that is what we can see in this new perspective in the new world order...greed,back stabbing,bribery,all these things happen in all aspect, for all, they didn't satisfy their need after all, so it will happen again and again and again and again and so on...
back to basic
that is what we need...what we must do to regain back what we had left behind..there is always time to repent,and there is always time to forgive, what we need is try to stand by your belief, because we have our god, Allah and that is what we are supposed to do... before you act,think wisely...and react by your brain,not by your instinct,because instinct didn't always make your way right,right? it is just an opinion, and what i am talking about is not a fact in any journal published ,or in any masters or PhD thesis,it is just an opinion from me,just thinking that perhaps i can show some opinion that might help (maybe) and back to the main title,don't take this note so serious,it is just another babbling from me,hehehe!