belum kira fucked up governing agency lagi.
23 August 2023
time
belum kira fucked up governing agency lagi.
02 August 2023
diam
setalah bertahun laman ini tidak bersentuh, terasa satu impak kelainan bersarang di minda, dahulu aku lebih kepada bercerita, meluah serta berkongsi apa yang aku rasa,apa yang aku pendam serta apa yang aku fikirkan, namun masa itu satu entiti yang kejam, masa itu ibarat sebuah kereta kebal yang gagah, menghentam dan menghenyak aku sehingga aku tidak mampu melakukan apa-apa. jika dihitung tempoh yang berlalu , sebenarnya banyak yang aku ingin ceritakan, dan banyak yang ingin aku coretkan, tetapi masa itu terlalu suntuk untuk aku berbuat demikian.aku kini lebih kepada menyerap dan hadam segala apa yang terjadi dan secara tidak langsung, aku lebih ke arah mempersetankan segala hal dan mengambil pendirian untuk menjadi kaku dan bertabah walau sekuat mana badai yang menghunus.
dua perkara yang menjadi pengimbang dalam aku menelurusi kehidupan kini adalah persekitaran kerja dan komitmen kepada keluarga. satu bahagian amat aku benci dan satu bahagian adalah sumber kebahagiaan aku. aku cuma perlu untuk melaras titik pertemuan antara dua perkara ini agar kewarasan aku masih di paras normal dan tidak mula berdamping ke arah kemusnahan.
"selagi hayat dikandung badan, budi yang baik dikenang jua"
cukup aku tutup di sini dahulu buat masa sekarang. fikiran aku berkecamuk,menerobos ruang untuk diluah namun tersekat sekat.mungkin hasil diam berkali musim. insyaallah aku cuba untuk tulis lagi pada masa akan datang.
aku cuba
72 seasons of sorrow
-alfer-
21 May 2020
global threat: death is in the air
Cuma apa yang menjadi satu realiti adalah satu pandemik.. diulang, PANDEMIK yang melanda bukan sahaja negara berdaulat Malaysia, namun seluruh dunia.
CORONA VIRUS DISEASE 2019 atau nama yang lebih mudah disebut dan dihafal oleh anak-anak aku iaitu Covid-19. Tapi sebab aku power, aku tulis C19 sahaja bagi menjimatkan masa dan lenguh jari menaip, walaupun sesungguhnya banyak sudah marhaen merujuk wabak ini sebagai C19, tapi aku gila publisiti, aku acah-acah seperti aku yang mula. pebende aku mengarut ni.
Aku tak bercadang untuk bercerita berkenaan wabak ini, sebab seantero pelusuk dunia dari Kepulauan Galapagos terus ke Srivijaya membawa ke Segenting Kra memperkatakan berkenaan pandemik ini. aku cuma nak mengaitkan perkara ini dengan pandemik yang agak popular dan cult, nampak mengarut namun kebarangkalian untuk terjadi itu ada : Zombie Apocalypse.
Buat mereka yang masih tertanya-tanya ape kejadah zombie apocalypse ni, mari sini saya terangkan.
"Zombie Apocalypse is a collapses of civilization due to swarms of zombies overwhelming social, law-enforcement, and military structures. Typically, only a few individuals or small bands of survivors are left of the living". Penerangan secara ringkas maksud berkenaan, dan dapat aku kaitkan dengan situasi semasa di mana pandemik yang melanda adalah secara global dan total, dan merebaknya pandemik ini adalah senyap dan pantas,sepantas ben johnson namun dikalahkan jua oleh michiko.Cuma yang masih membuatkan kita menarik nafas lega adalah bilangan manusia yang sihat masih lagi ramai, terima kasih di atas kepantasan petugas-petugas kesihatan dan pihak berkuasa yang berhempas pulas untuk membendung pandemik ini.
Imaginasi aku membayangkan bahawa sistem yang mendokong manusia akan lumpuh,semua dark side manusia akan mula timbul di mana untuk survive, kebinatangan akan melebihi kewarasan fikiran (walaupun sifat kebinatangan itu adalah lebih baik jika dibandingkan sifat kemanusiaan yang hanya berbunyi sedap tetapi penuh kejijikan).manusia mula menjadi selfish, huru hara akan melanda, munculnya manusia manusia yang akan mengaku sebagai penyelamat (messiah) , dan manusia juga akan mula mencari puak-puak tersendiri dan bergaduh sesama clan masing masing. Pada masa itu , yang masih hidup berharap mati adalah jalan penyelesaian. pergh! imaginasi macam gampang, hahaha
among the best zombie flick for me, the zombies were quite 'friendly', but the story was sooo entertaining,british style |
Kalau nak cerita panjang lebar pasal zombie ni memang banyak la nak dibincangkan, namun seperti aku tulis kat atas, bagi menjimatkan masa dan aku sudah mula lenguh menekan papan kekunci ni, jadi serba sedikit sudah aku dah terangkan, tapi jangan ambil serius sangat la apa aku tulis ni, ini cuma pandangan peribadi aku yang banyak terpengaruh dengan filem genre zombie ni.kah kah kah
Cuma satu aku suka nak ingatkan. Persamaan antara C19 dengan zombifikasi ini satu : semuanya bermula dari sifat kemanusiaan yang lebih teruk dari kebinatangan.
18 November 2016
17 October 2016
pacuan 4 roda kecil berjenama TAMIYA
ammar launch sendiri kete, pemain termuda |
ammar yang ceria sebab dapat tangkap kete |
14 October 2016
hardwired...to self destruct (cont.)
tunggu sikit punye lama,8 tahun penyudahnye
bulan 11 baru release worldwide,katenyelah...
kat malaysia bulan berape tak tau la...
aku sikit lagi nak sell out layan dangdut...mujur ada pamoga
13 October 2016
sembang kosong sembang tak nak jatuh sembang kepale butoh (cont.)
ade orang dah terkesan dgn statement membabi buta yang aku buat tu
hahaha
aku dah cakap,aku ni bab buat sakit hati org mmg champion la
minta maaf? tgk dulu, entah ye ke tidak dia marah ke aku
kot2 dia marah ke benda lain
tapi tulah, aku main agak je ade org marah
aku rase la...
moth into flames
-alfiesyahril-