30 August 2010

perkara kecil yang tak dijangka besar maknanya

siapa sangka kan....walaupun diberi emas permata, wang berjuta-juta sekalipun, ianya takkan sama dengan sesuatu yang ikhlas, datang dari hati.... besar nilainya tidak terperi,apabila ianya betul2 memenuhi apa yang hati itu kehendaki..

air tangan yang membuatnya dengan jerih perih kesusahan,walaupun tidak seenak yang dijual ,namun terasa menusuk ke jiwa,rasa,sifatnya, apabila keikhlasan berada di situ...





terima kasih....terima kasih untuk segalanya....



alfiesyahril

26 August 2010

Tidak mungkin kuberpaling lagi
Salah sangka yang direncanakan
Gelora melanda
Adalah dendammu
Setelah diriku
Tak mampu menjadi milikmu

Cukup sudah hati berdarah
Usah ditambah cerita yang sudah
Di mana kekasihmu
Yang pernah kau sanjungi
Mengapa pula padaku
Menjadi pelepas ceritamu
Dan jua sepimu

Usah menabur budi
Mengharapkan simpati
Sedangkan kau menitip
Cemburu iri hati

Tak mungkin kuberpaling
Padamu yang meracuni
Rimbunan kasihku
Sehingga berguguran
Kelopak cinta kita
Kerana mu tak lagi mengerti hatiku

Sehingga berguguran
Kelopak cinta kita
Kerana fitnahmu
Walau segunung sesalmu
Tak mungkin kukembali
Cukuplah sekali
Kejelekanmu
Menggamit pilu

Tidak mungkin kumaafkan lagi
Salah sangka yang direncanakan
Adalah dendammu
Setelah diriku
Tak mampu menjadi milikmu
Sepenuhnya

lagu: tak mungkin berpaling
kumpulan : slam


~~~aku terlayan lagu ni tadi, ada relevennya aku postkan lagu ni kat sini,heheh!

23 August 2010

free thinkers are dangerous!

free thinkers dah menjadi kebimbangan sejagat sejak sekian lama


BANGSAT!

itu satu perkataan je yang dapat aku luahkan dari mulut aku. walaupun tak berapa elok di bulan yang mulia ini,tapi rasa terpanggil untuk aku memasukkan entri baru,yag bagi aku amat relevan dan tidak wajar dipandang enteng....kesucian agama islam itu wjar dijaga, walaupun aku ini teruk dalam banyak hal jugak,tapi bagi perkara yang membabitkan pegangan aku,dan juga pedoman aku,aku tak wajar untuk berdiam diri.....

laman sosial yang semakin sial aku tgk,fb ni betul2 membuatkan aku menggeleng kepala dalam skala yang jarang aku lepasi,sebab dalam sesuatu perkara,ada limitationnye,betul tak? (betol3!) setakat ni, 2 orang aku dah tgk, si cina singapore dengan sorg anak melayu kita sendiri nama salleh g. samsa, dalam blog beliau bintangkertas.blogspot.com.. gambar2 aku tgk kat fb kawan dia,real mokujin dgn tuan haji gapur,dengan bertatooo,siap minum arak lagi...lagi dahsyat daripada aku yang kejenye headbanging dengar lagu metallica ni.... satu pemikiran yang sangat radikal bagi aku ( aku pun berfikiran begitu,sangat radikal) apabila makhluk itu mempersoalkan mengenai mengapa perlu berpuasa, sedangkan dia tidak percaya pada apa itu tuhan,dan kenapa perlu menahan lapar hanya untuk mengikut kehendak agama yang mak bapak dia anuti.. pergh!budak ni memang takde insuran kat akhirat kot, mempersoalkan sesuatu yang telah termaktub dalam kitab suci kita sendiri...

kalau budak tu terbaca la blog aku ni (kalau la dia xnak baca,pedulik hape aku).. aku ingin ingatkan dia dengan satu pernyataan yang simple je, sesuatu yang wujud secara fizikal ini,ada penciptanya,dan pada penciptanya itu kita patuh,kerana pencipta itu tahu apa yang  diciptakannya....ingat tu je. bila dia mempersoalkan berkaitan dengan puasa,adakah dia paham tentang konsep puasa itu sendiri, kenapa kita perlu menahan lapar,sepanjang hari...aku tak berani nak ulas di sini,kerana aku pun bukan orang yang pandai,namun aku masih berpegang kepada kepercayaan aku kepada yang maha esa, dan mencuba sesuatu yang dPt memperbaiki diri aku,sejajar dengan peningkatan usia aku....dan juga perkembangan minda aku... free thinkers ini sangat berbahaya...apakah dia lupa pada meta fizik? pada kejadian alam yang tak terjangkau pemikiran kita untuk menyelongkari kesemuanya... jika dia berani berkata pasal punk rock menyelamatkan hidupnya,aku boleh katakan,aku dah dengar thrash metal semasa dia masih menetek dengan mak dia lagi, NAH! hambik kau! ni yang jadi apabila pendidikan islam dipandang remeh oleh masyarakat...

aku tak dapat bayangkan apa akan jadi pada masa akan datang.... aku hanya dapat berdoa semoga keluargaku dan rakan taulanku dipelihara imannya daripada disesatkan...

semoga bulan ramadhan ini diberkati...Amiin..


p/s : SOAD ade ckp dlm lagu dia, "free thinkers are dangerous"



minum kopi o panas mlm2 ni sedap jugak kan?


In Islam we trust
-alfiesyahril-
lidah setajam pisau...
walaupun hati selembut baldu,seputih kertas..
darah merah mengalir mencemar duli...
gengam bara api hingga sampai jadi abu,
membujur lalu melintang patah...
namun sesal dulu pendapatan,sesal kemudian tidak berguna...
4 jam je lagi....


sape suruh tak sahur , kan skrg dah merapu bukan2



selamat berpuasa>>>>>

20 August 2010

jari mulai kejang,atau ko nak kene terajang?

lame aku tak singah sini,macam dianak-tirikan pulak aku rase blog aku ni,tapi tu lah dia...aku nak  bgtau,kurang dah tahap penulisan aku ni,dah tumpul minda,sebab kurang pengasahan dengan fenomena yang biasa aku coret..so...mcm ni lah...kemana akan dipergikan... pergh! ape aku merepek ni....

???????

10 August 2010

12 purnama sudah berlalu

blog aku dah berusia setahun.....selamat hari jadi blog aku,hehehe!

'all my feelings,and all my thought had been presented in this medium...the way it is written,and the way it affect the readers show the how do i feel,and how do i take something beyond my power...sometimes i feel like i'm totally lost in this world,and there is no hope for me to get back what i had achieved before...but slowly it became clear,and the path appeared right before my eyes...t is whether i have the courage to go the distance,or turn back, facing the same way that i used to live before...it is a matter of hope...happy birthday, running with the wind...and still i am...running with the same wind....'

                                                                                                                                 -alfiesyahril-

02 August 2010

trip to pulau mutiara

che mat ada ajak aku datang hari tu, dia suruh ajak membe2 len, sape yang nak g...kabor ke keh ye?

30 July 2010

kehilangan...the entry

sadness,fear,happy,laughter...it is about life

...as far as eyes can see, the purpose of life is just not right this time...whether i'm doing something wrong, or am i doing something stupid,it is still unanswered..aku rasa aku dah semakin jauh dengan tujuan aku mewujudkan blog ni...dulu aku sentiasa bercerita pasal kehidupan,kesedihan...dan banyak perkara yang aku sendiri ulitkan diri aku sebagai satu motivasi untuk menguatkan lagi langkah aku untuk berkayuh di alam realiti..walaupun aku sedar kebanyakan perkara yang hendak aku lakukan hanya dongengan di alam mimpi semata2.... tapi dewasa ini, aku banyak lari dari norma kebiasaan aku...

adakah aku dah berubah sepenuhnya?  

ataupun aku sudah boleh melupakan waktu2 silam aku dahulu?

aku mempunyai satu sifat yang sangat keji, yang aku mungkin tak mahu ceritakan di sini.... aku kenal siapa aku...aku tahu setiap gerak-geri yang aku lakukan...aku tahu tahap yang mampu aku capai apabila aku betul2 memasang tekad..

  "  The wind may flow with you my friend...it always walk with you wherever you go, but as long as you trust the wind to go with you,it will never disappoint you, and it will never betray you... but the obstacle in front of you...the wrong path that you choose...and the royalty that you put between you and the wind, sometimes questioning the friendship between the you,and the wind.... from the experience that i have gained, never betray that trust.... don't ever betray it....never ever... or the feelings that you will get is....the regret"


song of despair
-alfiesyahril-

kehilangan...

nanti aku post dia punye entry...

29 July 2010

desperate or desperado?

bunyi macam sama, tapi lain beb, desperate ni terdesak dalam bahasa inggerisnye, desperado ni ala2 antonio banderas la, dare-devil punye.... so...ape yang aku maksudkan kat sini? pencarian takkan bermula kalau masih mencari langkah, pencarian takkan menjadi kalau masih mencari rentak, dan pencarian takkan berakhir kalau masih teragak2 agak... rhyme ni bukan biasa2, ini LUAR BIASA... wa cakap sama lu la beb...ni otak gua yang cakap, gua cuma terjemahkan je,...

lu tak paham?

lu tak cukup rock lagi tu geng,heheh!



speak the silence so loud
-alfiesyahril-

23 July 2010

to whom it may concern

assalamualaikum...selamat pagi, skrg pukul tiga pagi, so tak banayak aku nak tulis, cuma nak inform pada rakan2 yang tak tau, aku dah terminate account fb aku, so memang aku tak ade lagi dalam arena muka buku dasawarsa sekarang ni...kepada rakan2,tiada sebarang niat atau agenda aku buat mcm tu,bukan sebab aku nak putuskan kawan,atau aku nak lari dari sesuatu, tapi atas dasar pandang ke timur yang disarankan tun dr. mahathir ( alasan ni ok kot) ....

kadang2 manusia perlu meninggalkan sesuatu untuk mencapai satu tahap yang baharu

kadang2, manusia perlu berani ke hadapan untuk mengelak diri sendiri ketinggalan

dan kadang2, kematangan seseorang tu akan datang dengan cara yang tak dijangka

selamat pagi semua,esok aku balik lipis,nak kene tido cukup...maafkan aku kawan2, nanti kite jumpa lagi di lain hari

kadang2, fermentasi dalam minda perlu jugak dinyahtoksikkan,betul tak?


(aku pun tak tau la pasal fb ni,kadang2 aku berubah fikiran,so aku activate balik, tu la pasal....)


fandeiyan okultika hymnology
-alfiesyahril-