27 May 2010

apabila masa byk terluang,dan tak tau apa nak buat

hehehe! smlm aku layan cerita hindustan dgn si judin, cite Veer Zaara, layan jugak ye,hahaha! sesekali tgk shah rukh khan pun boleh jadi,dah takde keje sangat....layannnn.


malas aku nak review cite ni,kalo aku boleh tgk cite ni,memang ada something yang kau orang kene tgk jgk...

p/s ; memang aku tengah bosan time tu


??????
-alfiesyahril-

25 May 2010

marilah kita bersama terus bercinta

assalamualaikum,hari ini aku terfikir untuk menulis tentang apa yang membelenggu minda sekalian umat manusia di seluruh dunia, yang sentiasa berlegar di benak,namun tanpa kita sedari,kita tak pernah menguraikannya pun.... perang,mengapa perlu kita terus bersengketa sesama kita sekalian umat....

aku menonton drama HBO hari tu, cerita band of brothers, memang syok la,pasal cite perang, tembak sane bom sini, n seperti biaselah,propaganda amerika,mane la kita nak nampak askar jerman tu lagi hebat...tapi setelah aku menonton setiap episod,akhirnya aku sampai ke episod yang ke sembilan,second last, yang mana episod ni betol2 membuatkan aku terfikir dengan hanya melihat pada judulnya sahaja 'why we fight'...selanjutnya tak perlu aku rungkaikan di sini,kau orang boleh tgk sendiri kan....

kau orang pernah terfikir tak, yang setiap kali berlaku nya perang di sekeliling kita ni, disebabkan oleh pertelingkahan antara kaum ke? pertelingkahan itu disebabkan oleh ketidakpuashatian satu majoriti kaum terhadap kaum yang lain? tidak bukan, tapi sebagai contoh, aku nak minda kau orang terbukak sikit, perang dunia kedua tu meletus akibat pertelingkahan antar pemimpin besar mereka yang tidak sefahaman,lalu meletusnya perang, tapi kenapa rakyat2 yang tak berdosa,menjadi askar dan berjuang untuk menuntut kemenangan sedangkan mereka sendiri tidak mengetahui apa kesalahan yang dibuat oleh pihak musuh, dan vice versa. kenapa kita perlu menurut arahan pemimpin sebegitu,yang hanya memikirkan hawa nafsu dan sikap egois sendiri, sedangkan pemimpin bertanggungjawab untuk menjaga rakyatnya,bukan menyuruh mereka menunjukkan taat setia pada negara,sedangkan itu semua hanya dusta yang direka untuk memuaskan nafsu durjana pemimpin2 semua... huh! teremosionalistik seketika...aku tahu,ada antara kau orang yang tak paham apa yang aku cakapkan ni,tapi fikirlah, peperangan hanya menghancurkan dan mengecewakan,yang gembira menang adalah mereka yang di atas sana, mereka hanya tahu mengarah dan memaksa,tapi perit dan sakit kita yang merasanya...propaganda disebar ke sana kemari,tapi untuk apa? untuk siapa? siapa?

aku nak lepak kejap, dgr lagu M. Nasir dgn Rahim Maarof 'Falsafah Cinta'.... layan lagu ni

oopp! sebelum tu,ni bukan lagu jiwa-jiwa, dgr dulu, don't judge a book by its cover beb

intifada
-alfiesyahril

20 May 2010

everybody is changing...

setiap detik dan waktu,berlaku peningkatan usia pada setiap individu, sedar atau tak,setiap orang akan mengalami perubahan itu,sama ada secara drastik atau secara halus... aku pun tak terkecuali,namun aku masih belum sedar akan apa yang terjadi sehingga beberapa peristiwa menjelma dalam setiap anekdot hidup aku tu sendiri, kawan2 aku ramai yang mula mendirikan rumah tangga, dan sesetengahnya ada yang sudah menimang anak... ada yang sudah bekerjaya hebat,dan tak kurang juga yang mendapat pekerjaan di sektor awam mahupun swasta, ada juga yang sudah melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi...dan ada juga seperti aku,masih mencari arah tuju,hala dan langkah dalam meneruskan kehidupan ini...

masa itu benar2 mencemburui kita, rasa masih belum puas lagi mengecap zaman riang kanak2,kita dah menjengah ke alam yang meningkat lebih matang,walaupun diri sendiri ini masih belum menunjukkan tanda2 ingin berubah dalam konteks pemikiran dan perilaku...hahaha! post aku ni lebih kurang mcm post rasist la pulak,hehehe! sori la rasist,aku terpikir pasal benda ni,sebab aku tgk major @ jepon,yang skali praktikal dgn kita dulu dah ada anak dah pun, terasa macam aku ni jauh sangat ketinggalan dalam perlumbaan mengecap kejayaan dalam hidup, bukan bererti kita mesti cepat mendapat kerja,kawin itu sudah dikira berjaya, tapi maksud aku, apabila kita mencapai apa yang aku sebut tadi,dan berjaya menguruskannya dengan efisyen,itu yang dikatakan berjaya... nampaknya, aku still ketinggalan lagi

nak hidup tak senang brader, heh!



hidup bagaikan pentas opera
-alfiesyahril-

19 May 2010

jangan menilai...sebelum berfikir

tengah hari tadi, aku menjamu selera berseorangan di kawasan tasik berdekatan UPM, memang syahdu makan sorang2,sambil melihat manusia bersimpang siur menguruskan hal-hal duniawi mereka, aku pun mengimbau kenangan jugak,makan nasik dua ringgit,sebab aku ingat nasik dua ringgit dah tutup,pasal mpsj dah buat penyitaan kat kedai2 yang berdekatan, namun kedai nasik 2 ringgit tu masih bertahan, yelah, kerana dengan penjualan nasi yang semurah tu lah, student- student masih mampu bernafas dalam meneruskan pembelajaran mereka di universiti bertuah ini...heheh! kita berbalik pada cerita yang patut kau orang renungkan

semasa aku tengah sedap menjamu makanan, di depan aku,ada seorang brader dan adiknya turun daripada motosikal dan duduk di meja yang berada agak jauh daripada meja tempatku berada, akau andaikan budak tu adik dia,pasal aku tgk jarak umur antara mereka tidak menggambarkan mereka seperti anak dan ayah, budak tu pula berpakaian seperti baru sudah selesai sekolah agama...aku terus memerhatikan mereka, dan kemudian aku lihat abangnya membelikan teh o ais dan kuih untuk adiknya itu makan,sambil abangnya bercakap menggunakan telefon dengan seseorang yang memang tidak ku kenal, memang la aku tak kenal,brader tu pun aku first time nampak,hahaha! ok2,cukup untuk joke yg tak kelakar ni,...kemudian, sesudah si adik selesai makan ,abangnya mengeluarkan pakaian daripada box motornya dan adiknya mengambil pakaian tu,dan membawanya ke tandas...dalam beberapa minit yang akhirnya berlalu, si adik ini keluar dengan lengkap berpakaian sekolah rendah...dan abangnya memberikan buah tembikai potong yang di beli di kawasan kedai makan di tasik itu, sambil si adik enak makan buah,abangnya menyiapkan buku2 sekolah di dalam beg adiknya,dan sesudah selesai makan,adiknya bermain2 di sekitar kawasan tasik,menunggu si abang menyudahkan susunan buku di dalam BAGASi adiknya.... sesudah jam menunjukkan pukul satu petang,mereka 2 beradik bergegas menaiki motor untuk ke sekolah...mataku meleret laju melihat mereka berlalu...

satu pernyataan yang biasa bukan? namun yang inin aku ungkapkan di sini, luaran abangnya adalah tidak seperti yang kau orang bayangkan, rambut berekor panjang,dan gayanya memang tak ubah seperti mat rempit...heheh! ye, mat rempit...dan itu yang membuatkan aku terfikir....

kita memandang seseorang melalui luaran,dan kita jarang sekali untuk mengenali seseorang itu lebih dekat,lebih mendalam,dan kerana itu jugaklah kita mudah membuat andaian mengenai seseorang hanya berdasarkan paras rupanya sahaja...seringkali aku berhadapan dengan situasi seperti ini,dan aku dapat simpulkan di sini bahawa ; luaran tidak menggambarkan siapa diri itu yang sebenarnya, dan kerana itulah banyak orang yang tak bersalah menjadi mangsa kepada andaian kita yang tak berhujung pangkal...jangan disangka wajah yang ayu itu,sebenarnya lidah bercabang,serta talam dua muka...dan kepada brader mat rempit tadi, aku respek kat lu, sebab lu betol2 buat gua terfikir dan mengagumi,bahawa alam ini masih banyak yang perlu diterokai dan dipelajari

dan kepada si adik,kau memang bertuah dapat abang yang penyayang seperti itu...



book can't be judge by its cover
-alfiesyahril

17 May 2010

i've lost my touch

there's no sense in me again, where have you gone...
still..i keep the memory  safe in my head,and in my heart,the empty space were filled again with something new... but it is not full yet. why? only god knows why...only god...

hey my friend, come on and let's go somewhere else,hold my hand and don't let me go, i'm blind now, blind as a bat, but i've still got my hearing sense... don't talk shit bout me,although i can't see you,but i still can fell you....

fell me...
feel me...
fill me...

ah! nonsense talk.

p/s : pays no mind, this is what we called a 'inner-self-destruct-metabolism-overcharged-insanity' disease... i don't know what i'm writing about,heheh!


fish-net
-alfiesyahril-

04 May 2010

mintak maaf kawan2

minda aku tgh depressi sekarang ni, sori la takde release baru skrg ni,idea tak datang,bile jiwa kacau setiap masa...bikin panas betol,heheh!


sleeping in the shadow
-alfiesyahril-

22 April 2010

hey ho,lets go!


Ramones,yang tinggal cuma drummer je sorg,yang lain dah meninggal dah semua...rebellious,dan cara pemakaian aku banyak dipengaruhi dengan stail mereka, dan yang paling mempengaruhi, downstroke dalam permainan gitar aku,aku dapat setelah melihat jonny ramone men gitar. 1996 adalah tahun terakhir,dan juga persembhan terakhir mereka...lagi satu yang menarik,ini adalah stail pada awal kemunculan mereka,dan pada akhir hayat mereka pun,macam ni jugaklah stailnye... true impact on someone's life eh? heheh! blitzkrieg bop


i believe in miracles
-alfer ramones-

21 April 2010

kembali bermenung..

aku sendiri tak pasti,adakah ni hanya perasaan aku,ataupun memang benar aku rasa diri aku semakin jauh...
semasa aku dalam kesusahan, memang tenang bila ada kehadirannya,tempatnya menjadi persinggahan bagiku untuk aku mengenang,dan memuhasabah diri aku,untuk aku bekalkan kekuatan pada diri aku sendiri..tapi sekarang,walaupun kebahagiaan itu aku kecapi,namun aku terasa aku kehilangan sesuatu...

dulu pernah aku ucapkan, sampai bila2 pun,aku tak akan berubah,walau aku dah mendapat apa yang aku inginkan,aku tak akan lupa semasa aku dalam kesukaran dahulu,semasa aku masih dalam kesedihan, siapa yang betul2 ada di situ... aku betul2 terasa sekarang....aku harap,ianya akan dapat kembali seperti dahulu...

aku tak pernah lupa masa susah aku dahulu...aku takkan lupa pertolongan itu...


monolog yang tidak pernah mengerti
-alfiesyahril-

18 April 2010

jari jemari menitip laju...

jari ini laju menekan di atas papan kekunci,tanpa menghiraukan manusia yang lalu lalang,sibuk dengan rutin seharian mereka yang tidak pernah lelah dengan apa yang mereka lakukan...jari ini masih pantas bergerak ,masa mula menginjak dari pagi membawa ke petang,petang membawa ke malam,dan malam membawa ke dinihari...gerombolan manusia ini tidak pernah putus,dan tidak pernah sepi aku rasakan tempat ini, adakah masa tiada tempat di ruang ini? ataukah aku sendiri menjadi masa itu,yang sebenarnya berhenti berdetik,dan berhenti daripada menuruti peredaran yang berlaku selari dengan masa itu sendiri.

ah...aku berhenti daripada menekan papan kekunci itu,terasa perit dan panas sekali tekak ku ini,lalu ku gagaukan sebotol air minuman di sebelahku,dan kuhirup air itu untuk membasahkan tekakku yang kehausan ini...sesekali selepas aku berhenti,terdengar manusia2 di depanku berbisik dan berkata sesuatu,namun bait-bait yang terucap tidak dapat ku tangkap dengan jelas,jadi aku hanya membiarkan sahaja mereka bermitos dan berfantasi sesama mereka,apa yang mereka bilang,aku tidak ambil pusing...aku meneruskan semula lumrahku,menekan papan kekunci itu,dan sesekali terkeluar siulan dari mulutku...terdengar sesetengah daripada gerombolan manusia itu berhenti dan mengamati apa yang ku lakukan..mungkin mereka tertarik dengan hasil kerjaku? tapi aku seperti merasa diri ini kerdil untuk membalas kembali penghargaan mereka,kerana aku pun tidak pasti sama ada itu adalah satu penghargaan atau sekadar memperlekehkan hasil kerjaku...kemudian terdengar akan telingaku kepada bunyi sesuatu jatuh di hadapanku...mungkin inilah perhargaan mereka atas hasil kerjaku, kata hati kecilku...

masa menginjak pergi lagi, aku pun tidak pasti selama mana aku berada di sini,dan sudah berapa lama jari-jemariku bergerak tanpa henti, namun aku merasa bahawa tugasku sudah berakhir setelah seseorang datang dan menarik tanganku,lalu dikemaskan segala perkakasan ku,dan dibawa menaiki sesuatu yang aku sendiri tak pasti,tapi aku tahu, sesuatu yang aku naiki itu akan bergerak setelah aku mendengar bunyi hentaman benda yang dipanggil pintu, kata seseorang yang membawaku itu, dan katanya juga,sesuatu yang aku naiki itu adalah motokar...aku tidak ambil pusing akan apakah sesuatu itu,namun yang aku mengerti, penat badanku dapat ku hilangkan setelah menaiki sesuatu itu...dan selepas ini,aku akan pulang ke tempat yang biasa seseorang itu bawa,dan untuk hari esok, aku mungkin akan meneruskan rutin aku ini, dan hari esok juga,aku masih belum pasti,adakah rutin ini akan dapat dilaksanakan seperti setiap hari yang lalu? aku pun tidak ada jawapannya....

'sinar cahaya tidak dapat ku lihat,namun sinar hati ini masih terang'                                                                                                             


senses fail
-alfiesyahril-

14 April 2010

5 days of happiness

it started on friday and it ends yesterday night,that's the last time we met,and it is full of sadness and sorrow...nope! just kidding,i'm not talking about deaths,but the enjoyable evening,and days i had with somebody....the memory will always in my mind my frenz,heheh! you can get laughter,but happiness,its a matter of heart bebeh!


prying minds
-Alfersyahril-

seeing those happy faces,never seem this good

don't blame me, blame the one who stop laughing and enjoying their life, it is just another piece of memories that will ever be in our mind