10 November 2010

secebis cerita tentang sejarah

aku terbaca naskah akhbar hari ini,dalam ruangan cuit,utusan malaysia,mengenai tajuk ini yang membicarakan 'ketakutan ' sesetengah ahli politik membicarakan mengenai tarikh 13 mei 1969. mungkin perkara ini adalah sesuatu yang sulit untuk dibicarakan secara terang-terangan,namun realitinya,kita mesti akur kerana hal ini telah termaktub dalam kamus sejarah negara tercinta kita,Malaysia,dan kita seharusnya menghayati dan mengambil ikhtibar akan tragedi tersebut.

aku tertarik dengan artikel tersebut kerana bukan disebabkan peristiwa yang terjadi,namun atas implikasi yang dikupas oleh penulis tersebut ada kebenarannya... aku megambil satu contoh, disebabkan oleh tragedi tersebut,timbul kesedaran kepada bangsa melayu bahawa pentingnya pelajaran,dan tertubuhnya DEB untuk mengatasi jurang antara kaum yang sangat ketara pada masa itu. satu pernyataan yang membuatkan aku terfikir sejenak,bahawa sesetengah tragedi yang terjadi,akan menimbulkan kesedaran walaupun sedikit,namun masih memberikan impak.

bayangkan jika tiada tragedi tersebut,mungkin bangsa melayu akan masih menjadi petani, kuli, drebar, dan sebagainya, dan kita masih lagi bercucuk tanam di kampung dan hanya memasang angan2 seperti mat jenin. mungkin sesetengah pihak akan memnganggap aku racist apabila membicarakan soal ini, tapi fikir dari segi intelek,bukan dari perspektif mentaliti kelas 3. angan2 hanya terdapat dalam filem2 melayu yang masih merapu tanpa hala tuju, dan melatah apabila filem yang dibuat tidak menang anugerah, dengki apabila saudara sendiri membuat sesuatu pembaharuan...tapi apabila diri sendiri yang menang, semua sunyi kembali....yang untung siapa? siapa? hanya sebagai satu contoh...

tuntas daripada artikel tersebut, aku dapat simpulkan yang melayu ini akan sentiasa alpa, dan mereka akan mula tersedar apabila segala-galanya sudah binasa...melayu itu amok, dan melayu itu membabi buta,melayu itu tinggi budi bahasa,dan melayu juga dengki mencerca....ambil iktibar daripada tragedi tersebut,dan kita bina bangsa 1 Malaysia yang disarankan oleh yang berhormat PM kita...aku ingin kita semua rakyat malaysia sentiasa bersatu padu,tanpa lupa kepada nilai dan pengajaran daripada sejarah kita... aku sekadar menasihatkan diri sendiri,kerana aku ini melayu...dan aku sayangkan bangsaku


mencapai impian,menatang bangsa
-alfiesyahril-

31 October 2010

aku malas nak tulis pasal padang jawa, tapi aku nak tulis pasal ni


"pokok yang dapat dibiakkan dengan keratan batang adalah ubi kayu"


abstrak bukan?

24 October 2010

week end!

gua baru je sampai dari padang jawa ni... gua ride CBT gua ,memang penat betul wooo.... dah la dekat sejam gua ride, lepas tu hujan rintik2 pulak tu, memang trill wooo...

ape? entry pasal gua lepak padang jawa? esok2 gua tulis brader, gua penat pun tak hilang lagi ni,heheh! ...ok lah beb, gua nak g mandi jap,lepas tu sembahyang, lepas tu gua nak rehat2 tgk cerita james bond dulu, ok kawan2, assalamualaikum...

Cibai Bagai Tuannya
-alfiesyahril-

22 October 2010

dinihari di kota langit,kuala lumpur

nama itu menyimpan seribu satu makna..... bukan sesuatu yang klise



sesekali apabila terasa diri terperosok di dalam rutin yang seringkali membelenggu minda, aku gagahkan diri aku jugak untuk mengekspresi diri aku,keluar dari lembah yang membeku kepala aku.... aku mulakan langkah,dengan lafaz bismillah aku start enjin moto aku ke danau, berjumpa dengan rakan2 aku di maple a-malik...kemudian mereka ajak aku pergi karaoke...macam biaselah, nyanyi lagu merepek, sinkong dan keju pun termasuk dalam senarai....hanya untuk mengisi masa...

kemudian si kong ni mengeluarkan idea " jom g jalan pasar"

"pejadah tempat tu weh?"

"ha! tu yang ko tak tau tu"

kong siap bagi hint lagi yang tak tahan tu .." manusia ni dikurniakan akal dgn nafsu kan fer? ", "kalau time ko g keje,ko mesti gunakan akal ko kan? ha! kalo g jalan pasar,ko guna yang lagi satu tu???"

pergh! hint memang menarik minat eksplorasi yang ada dalam diri aku ni, tanpa melengahkan masa,kami menuju ke jalan pasar dengan menaiki kereta azim...perjalanan tak jauh pun, kat area pudu,depan sikit bukit binatang, eh! silap,bukit bintang.....kawasan tu area kedai makan cina, n apabila kita orang enter itu kawasan, terdapat sekumpulan manusia,terutamanya lelaki sedang melakukan transaksi,ataupun bargaining di situ, dan sekumpulan lagi adalah minah2 asli china yang sepatah haram bahasa melayu pun tak reti, kalo cakap english yang diorg tau sebut " no money, no kongkek" hahaha! aku mula terasa tidak selesa berada di situ, jadi selepas melalui lorong terebut, aku menggesa kong supaya beredar dan pergi ke kawasan lain...

kemudian kami menerobos ruang2 gelap di bukit bintang, dan di sana kelihatan wajah2 yang 'seakan-akan' wanita pula...hahaha! bersepah bersidai merata-rata, menjalankan bisnes persundalan di situ....kong benar2 membawa aku meneroka apa yang dikatakan sebagai sisi gelap kota metropolis ini...sambil kami meninjau sekeliling, diselangi gelak tawa mengisi kekosongan sepanjang perjalanan...kemudian kami berhenti di pekeliling, sambil minum2 ...setelah itu kami pun pulang ke danau,dan aku bertolak pulang ke rumah setelah fajar hampir menyingsing...

apa yang aku dapat, aku simpan sebagai satu pengalaman dalam diri aku...berada di persekitaran universiti membuatkan aku tidak berwaspada,bahawa dunia luar bukan menjanjikan keindahan semata-mata, banyak nesta dan dusta yang memenuhi segenap ruang,dan hanya yang tabah dan berpegang teguh pada iman masing2 yang mampu untuk mengelak dan memikirkan pro serta kontra sesuatu yang dinamakan kehidupan...nampaknya, aku masih perlu mempersiapkan diri aku dahulu
...


cosa nostra
-alfiesyahril

21 October 2010

gelisah....

aku nyalakan sebatang rokok marlboro yang aku baru beli daripada sahabatku, yang mana tertera ianya rokok seludup, namun persetankan itu semua.... asap ku sedut dalam2 ke dalam rongga pernafasanku...kemudian ku hembus laju2 , memenuhi ruang sekeliling, dan sesekali terdengar batuk kecil rakan di sebelah katilku yang menghidap lelah.... lantas ,ku  henyak kepala ku ke atas bantal, dan minda aku menerawang kembali ke ruang kosong yang setulusnya kosong....

aku sedut kembali asap yang berperisa nikotin, ke seluruh urat sarafku, tanpa memikirkan akibat daripada perbuatanku...kemudian aku terpandang ke dinding,terlihat wajah yang tertera di poster,wajah penyokong selangor dan penyokong singapura di atas 'bunting' yang sempat ku ambil di stadium tempoh hari....  asap ku hembus kembali dari ronggaku...

gelisah... aku memikirkan apa yang tidak lengkap, apa yang hilang....api membakar sehingga ke puntung...ku buang sisa-sisaa tembakau ke dalam asbak yang tersedia di tepiku...ah! aku terpandang ke sehelai kain yang tersidai elok di sebelahku...ku capai,dan timbul bibit2 senyuman di wajahku....akhirnya aku telah menemui punca kegelisahanku.....

...aku belum mandi lagi rupanya....aku capai kain bernama tuala itu, dan bergegas ke bilik air....


hahahaha!

20 October 2010

sehening sebuah pagi

kadang-kadang, apabila aku bersendirian, aku mula memikirkan sesuatu yang tak perlu aku tafsirkan... apabila aku berada di suatu kawasan yang mempunyai nilai 'soul' yang tersendiri,aku mudah untuk melakarkan lukisan di mindaku,tanpa diketahui apakah maksud dan pengertian yang ingin dijelaskan... kadangkala, apabila perasaan itu muncul dengan sendirinya, aku seperti hilang punca, hilang arah dan menggapai meminta pertolongan yang tak terluah dari mulutku sendiri....

pabila aku termanggu sendirian, pelbagai persoalan bermain di benakku, dan adakah aku perlu untuk mencari penyelesaian kepada permasalahan itu?  aku sendiri tidak pasti....

'siapakah aku sebenarnya....."  kerap kali terngiang di telingaku,bagai bersahut-sahutan , seperti sayup2 kedengaran walaupun tidak aku endahkan.... semakin dalam dan semakin menjurus ke dalam lubuk jiwa aku...

"dimanakah jiwa aku....."  ah! aku sudah tidak berupaya untuk mencari jiwa aku sendiri, bagai sudah hilang sebahagian dari apa yang aku kenal diri aku sebagai aku.... aku masih memerhati sekeliling, ciap miap burung di persekitaran, serta perilaku manusia yang meneruskan kerja seharian mereka, menggamit aku seketika untuk lari dari norma pergolakan jiwa aku sendiri...aku mempunyai jiwa,tapi adakah aku faham apa itu yang dikatakan jiwa?....

aku dongak kepalaku ke langit, sinar suria menyimbah ke mukaku....bahang tidak terasa teriknya, sepertimana bergolaknya jiwa aku ini.....

aku mula berlalu pergi.... meninggalkan monolog itu bersendiri... hatiku bergetus " aku ini rupanya melankolik "


halatuju tak ditentu
-alfiesyahril-

17 October 2010

sua SUWEY ke morning

hari ni terasa aku punye suwey.... aku ke stadium tgk bole pun, tak sampai half time aku dah keluar...pasal selangor kene tibai dengan singapura 6-0.....pahang pulak kalah aggregat dengan johor fc....

lepak rumah midin,main kad...sume game aku kalah...kalo main duit ni...alamat tinggal spender la aku...itu pun kalo aku ade spender....nak buat mcm mane...nasib badan

ni lepas ni tak tau la ape pulak jadi, ntah2 blog aku kene hack ke....nak tunjukkan yang suwey aku memang the greatest hari ni...hahaha! selamat tidur,itu yang terbaik

p/s - jangan bumbung runtuh time aku tido dah le


air pasang pagi
-alfiesyahril-

12 October 2010

selagi ada waktu

selagi ada rindu

biar beribu waktu

ingin aku bertemu....


terima kasih kepada rakan2 yang datang ke konvo aku hari tu,heheh!

30 September 2010

monolog

aku hilang punca buat seketika....biar inspirasi tu datang kembali

bila?

dimana?

sesuatu?

time can tell,but it is just for a while...  not to be vanished, but to take a short break, but it is not a break actually, just searching for .... still i dont know what i'm searching...DAMN!




"sometimes, we need some times"

-alfiesyahril-

19 September 2010

telemovie di kaca televisi sempena aidilfitri

aku lihat satu cerita,tajuknya 'nyawaku di tali gantung'.....

aku pun setelah selesai menonton, terdetik dalam hati aku " masih ada lagi cerita melayu yang memberi kesan melalui lakonan,walaupun hanya sebuah cerita biasa"

kepada pelakon2 yang rasa diri tu dah gah di persada 'SENI' tanah air kononnya, anda masih belum hebat di pentas sendiri lagi

p/s ; kepada MAYSOR RON (bukan nama sebenar) g  jual kopi je la,haha


lantai t. pinkie
-alfiesyahril-

18 September 2010

 
 
KISS - Forever 
 
I gotta tell you what I'm feelin' inside, I could lie to myself, but it's true 
There's no denying when I look in your eyes, girl I'm out of my head over you 
I lived so long believin' all love is blind 
But everything about you is tellin' me this time 

Chorus: 
It's forever, this time I know and there's no doubt in my mind 
Forever, until my life is thru, girl I'll be lovin' you forever 

I hear the echo of a promise I made 
When you're strong you can stand on your own 
But those words grow distant as I look at your face 
No, I don't wanna go it alone 
I never thought I'd lay my heart on the line 
But everything about you is tellin' me this time 
 
 yeah! 

I see my future when I look in your eyes 
It took your love to make my heart come alive 
Cos I lived my life believin' all love is blind 
But everything about you is tellin' me this time