11 July 2010

anak kecil main api....

WARISAN

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap diarus zaman

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ketangan yang lain
Peribumi merintih sendiri

Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang

Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri

Kita sudah tiada masa
Majulah dengan maha perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
MELAYUKAN GAGAH DI NUSANTARA




setelah diamati bait-bait kata pada lagu ini, hati aku tersentuh,bukan kerana prejudis, tapi mengenangkan akan bangsa aku sendiri... lagu ini ditulis sekitar tahun 80-an, namun kesedaran tentang martabat bangsa masih jauh aku lihat pada bangsa aku sendiri.. kepada golongan politikus usang yang masih berdebat tanpa hujung pangkal mengenai kepentingan politik masing2 , renungkanlah lagu ini,dan luangkan masa untuk memperlihat sendiri apa yang telah anda lakukan pada bangsa anda sendiri.hentikan membuka pekung bangsa sendiri,tohmahan dan maki keji itu semua... kita yang mendokong siapa diri kita... melayukan gagah di nusantara..bangkitlah


aku melayu...dulu,kini dan selamanya
-alfiesyahril-

09 July 2010

alfiesyahril anewar bin ahmad

aku = awang thrasher!

kenapa sesuatu itu masih difikirkan lagi

setelah segalanya aku rasa telah diselesaikan dengan sebaik mungkin,kenapa sekarang masih lagi aku mencari ....setelah apa yang berlaku dijadikan pedoman,kenapa aku tetap mencari penyelesaian kepada masalah yang tidak timbul... setelah masa semakin menginjak,kenapa  aku rasa seperti aku masih di hari semalam... setelah aku mengecap sesuatu, kenapa aku seperti orang yang kehilangan arah lagi.... setelah tiada perkara yang ingin aku luahkan, kenapa sekarang aku masih lagi menulis di sini.... aku masih lagi meniti bait2 perkataan yang aku ungkapkan, walaupun perjalanan mengikut arah peredaran bayu ini aku rasa sudah tidak relevan lagi,namun  setiap kali itu juga sayup2 bayu ini masih mengajakku melayani dan menghayati apa yang aku pegang sebagai prinsip aku... iaitu apa yang aku pertahankan ,kerana dengan prinsip inilah aku adalah aku....

aku akan sentiasa dibayangi dengan peristiwa semalam...


masa dan ketika
-alfiesyahril-

04 July 2010

setelah aku berpijak pada satu paksi yang aku sendiri sangsi...

persoalan yang senantiasa bermain di fikiran aku,

-apakah apa yang aku lakukan ini sesuatu yang aku inginkan, dan adakah aku hanya bersandiwara dan berdusta dengan diri aku sendiri?

persolan ini sentiasa berada jauh di sanubari aku, dan masih belum terungkai satu persatu apa yang aku inginkan... aku masih insan polos seperti dahulu,belum tahu bila mentari kan muncul tiba, harapan bagi aku hanyalah untuk menipu,dan mengiyakan sesuatu yang belum pasti...pencarian aku masih belum berakhir, pencarian untuk mencari ketenangan yang abadi....

bagasidiomycetes
-alfiesyahril-

23 June 2010

4 penjuru , 4 tembok batu yang kini sepi dan menghilang...

guilty as charged....dari tirai besi

penjara pudu, satu nama yang cukup gah dahulu kerana menempatkan banduan2 yang terkenal dengan kesalahan berat serta tokoh2 politik juga pernah menjadi sang penghuninya, namun semua itu hanya tinggal sebagai satu memoriam dalam kehidupan kita rakyat malaysia setelah penjara ini dirobohkan untuk memberi laluan kepada pembangunan yang boleh diertikan kejam dalam membunuh sesuatu memoir....

serba sedikit mengenai sejarah penjara pudu atau dahulunya dikenali sebagai pudu goal terletak di jalan hang tuah mula dibina pada tahun 1891 di atas tanah seluas 10 hektar. pembinaan penjara tersebut telah dibuat secara berperingkat dan telah siap sepenuhnya pada tahun 1895.sebelum bangunan utama penempatan banduan siap dibina, lima buah bangunan sementara telah dibina bagi menempatkan banduan-banduan yang menjalankan kerja-kerja pembinaan. Bangunan tersebut telah dibina dalam kawasan tembok penjara. bangunan penempatan utama telah mula dibina pada bulan November, 1891 dan siap pada bulan Mac, 1892. Bangunan penempatan utama ini mengandungi 240 bilik menyerupai penjara kandy di Bogambia iaitu berbentuk X dan dibina setinggi tiga tingkat. Setiap blok dipisahkan oleh pintu pagar yang berkunci. (www.prison.gov.my)

perkara menarik yang  menjadi kebanggaan kita adalah lukisan mural di sekeliling penjara pudu yang merupakan lukisan terpanjang di dunia, dan sudah termaktub ke dalam Guinness book of record. 

peristiwa yang tidak dapat dilupakan dalam memoir penjara pudu adalah drama penahanan tebusan di penjara pudu pada 17 Oktober 1986,tahun aku lahir pulak tu kan? . enam orang banduan yang diketuai Jimmy Chua telah menahan Dr. Radzi Jaafar & pembantu makmal, Encik Abdul Aziz Abdul Majid sebagai tebusan sewaktu kedua-duanya merawat banduan di penjara itu. peristiwa itu berlangsung selama lima hari sebelum pasukan polis menggempur bagi menyelamatkan tebusan. operasi itu berjaya kerana tidak melibatkan sebarang tembakan & selesai dalam beberapa minit sahaja.

penjara pudu pada tahun 1896

namun itu semua hanya tinggal sebagai memori kepada kita rakyat malaysia,sudah berapa banyak bangunan bersejarah terpaksa dikorbankan atas nama PEMBANGUNAN..pembangunan yang tidak akan ada kesudahan...apa ertinya jika ada pembangunan jika kita masih lagi dengan mentaliti kelas tiga ,seperti yang selalu di ungkap oleh ayah aku tentang masyarakat malaysia.... pembangunan hanya di mata, tapi mentaliti masih di takuk yang lama, perbalahan , dengki khianat, rasuah, masih berlaku dengan sewenangnya... jika kita mempunyai mentaliti orang bertamadun dan intelek, rasanya pihak berkuasa tidak perlu bersusah payah dalam membanteras segala gejala yang berlaku, dan mungkin juga penjara tidak wajar diwujudkan, supaya pada masa akan datang, penjara ini tidak menerima nasib yang sama seperti penjara pudu yang menjadi mangsa kezaliman entiti yang bernama pembangunan.... 


mangsa arus permodenan...kini tinggal kenangan



 in memory 1895 - 2010
-alfiesyahril-

sekadar satu peringatan

-basuh baju untuk seminggu
-rokok dah nak habis stock, g beli peter stuyvesant
-minyak hitam moto nak kene tukar
- mlm ni masak kari pun orait gak
-g lepak kedai midin la
-hujung minggu g kawen che ros


so ,hari ni aku ponteng le keje,hahah!

playing truant
-alfiesyahril-

19 June 2010

seorang kawan yang masih mencari

dulu time diploma,aku kenal dia masa kem hutan,perangai nak rugged je,tak padan dengan kecik,tapi we can get along easily, sebab dia ni senang nak masuk kepale sket. dia ada kawan baik, yang belakon cite oddy and the goblockers tu, eh silap, oggy and the cockroaches,hehehe! lepas diploma,dia sambung belajar ke utara,aku tak tau la ape yang best sangat kat sana,sampai jauh benor dia merantau, mungkin mencari cinta agaknya....hari tu, dia sms aku, bosan mungkin, tapi rindu la tu...ek eleh!bukan aku tak tau,tapi cover2 malu...atau mungkin dia masih nak meminang aku dengan 40 sen yang dia hutang hari tu? tu yang aku musykil sangat... tapi semua nya terjawab setelah dia menceritakan kebosanan tanpa melakukan sebarang aktiviti bermanfaat untuk nusa dan bangsa di sana, jadi aku mencadangkan dia menulis sebuah entri bertemakan aku,sekadar satu gurauan,tapi aku tak jangka ianya akan bertukar menjadi satu realiti yang not so bad,ni yang terasa diri best tibe2 nih, hnnnnss!hnnss!hnnnss! kembang kuncup idung ni,tapi kene cover la,hehehe! best jugak ye,idea aku yang spontaneous tu pun boleh digunapakai kan...

yang penting,member aku ni dah jumpa apa yang dicarinya.....untuk menghilangkan bosan la!

oh ya! sebelum tu,ni sulit,jgn bgtau budak kecik tu...shhhhhhh!



sinonim nama band ni dengan nama dia kan? orang cakap la,aku tak cakap pun, hehe!



and out come the wolves
-
alfiesyahril-

16 June 2010

the wind still running on and on

aku masih melihat ke langit, tapi apa yang aku nampak,jauh menembusi langit tu... semacam tiada sempadan dalam ruang pandangan aku.... nampaknya aku masih merenung,dan termenung...

15 June 2010

syurga di hujung jarum

Susila yang tersipu
Memandang lagak lucu
Menyorok malu disebalik debu
Rangka-rangka merangkak
Ingin menjadi sampah
Mencipta syurga dikaki neraka

Seorang iblis tersenyum
Membelai lembut jiwamu
Menyambut cinta dimulut neraka
Terbentang hamparan dunia
Dari sisa neraka
Bayangan diri disejadah hati

Iblis menghulur mimpi
Indahnya..neraka
Syurga akan kuberi
Bersama…derita

Syurga dihujung jarum
Iblis bangga tersenyum
Jeritan dijiwa yang kian kosong



SYJ/Sofea
-alfiesyahril-

08 June 2010

ke mana hilangnya gemilang filem melayu?






sesetengah daripada kau orang mungkin mengetahui cerita ini kan,dan ada yang masih terpinga2 akan ape kejadah cite ini pernah wujud di bumi malaya ni satu masa dahulu? tu bukan persoalan,dan tu bukan permasalahan utamanya,tapi apa yang aku ingin katakan di sini, filem ini betul2 mengangkat apa yang dikatakan sebagai industri perfileman melayu

sekarang, industri filem memang nampak berkembang secara lahirnya,dan kita dapat melihat lambakan filem2 kita yang akan ditayangkan di pawagam, seperti pesta untuk berlumba2 mengeluarkan filem yang menjadi kegilaan ramai,tapi apa yang gila pun aku tak tahu, melalui apa yang aku lihat,trend sekarang untuk filem melayu

i) seram
ii) cinta (ni dah lama dah ni,cuma love story skrg ni sangat 'menjengkelkan' )
iii) komedi murahan
iv) gay (paling baru,bodo punye penerbit)

lagi satu,kalau dari perspektif pelakon pulak, kita lihat pada pelakon pompuan ; lakonan sangat2 kaku, menjerit melalak tak tentu hala macam kena histeria,walaupun plot cite tu menggambarkan dia marah anak dia, penghayatan = zero! mana dia pelakon2 sehebat noor kumalasari, yang begitu berkesan membawakan watak, ogy ahmad daud...mana lagi yang boleh melakonkan watak antagonis seperti normadiah...kemana menghilang semuanya...

pelakon lelaki juga tak mudah, badan mesti nak ketak2, muke mesti nak macho... tapi bile berlakon watak yang perlu sedih sikit je,menagus bagai nak rak, aku gelakje la pelakon sekarang, sangat bangang menghayati watak, kenapa mereka tak boleh jadi seperti Jins samsudin, kenapa tiada lagi aktor yang berbakat seperti nasir bilal khan di layar perak, ( nasir bilal pun tak berlakon filem lagi), mana perginya crook tersohor seperti salleh kamil ,kita tak impikan aktor ini dapat menandingi p.ramlee, tapi sekurang2nya,tunjukkan sesuatu yang boleh memberi kesan pada jiwa penonton.

aku mulai rasa bosan untuk ke panggung, setelah menonton cereka legenda budak setan tempoh hari, aku sungguh kecewa dengan plot yang lintang pukang, serta kakunya lakonan lisa surihani...farid kamil....hmmm,ok la lu...2 out of 10 untuk cite tersebut,...namun,aku mendengar pengarah tersohor, u-wei hj. shaari sudah memulakan penggambaran filem hanyut, dan aku harap filem tersebut dapat menandingi filem Jogho,Kaki bakar seperti yang diarahkannya dahulu.... aku harap filem ni akan seangkatan dengan filem Abang, Esok Masih ada, azizah the legend, dan era jalan ampas...amin.

jangan bunuh filem melayu...

kembara seniman jalanan
-alfiesyahril-

sekadar satu selingan

dalam seminggu ni,byak betul masa aku dihabiskan dengan kawan2 ; universiti,sekolah, kawan 'mesra' dan kawan2 lain yang tak ada kategori, jadi aku rasa terisi masa terluang aku dengan kehadiran kawan2... seronok dan enjoy sikit life aku, sementelahan melakukan kerja hakiki,aku masih lagi dapat keep in touch dengan mereka2 yang pernah atau yang masih ada dalam kamus hidup aku... terasa lama sudah aku hidup di atas muka bumi ni....dan apa yang pasti,setiap perubahan berlaku kepada diri masing2, dari segi fizikal,dan perilaku serta tutur kata mereka....manusia perlu berubah, seiring dengan pergerakan masa dan juga peningkatan usia, seperti berubahnya haluan ombak pabila badai menjelma...

yang penting,aku takkan lupakan kawan2 aku ni semua , kontek aku selalu beb, insyaAllah aku akan cuba untuk sentiasa berhubungan


untuk kawan-kawan
-alfiesyahril-